5 Tips Menyimpan Yang Efektif

Menyimpan ini boring. Namun bila menyimpan, separuh dari masalah kewangan sudah pun selesai. Bila langsung tak menyimpan, macam-macam penyakit kewangan keluar. Justeru, kena paksa diri kita untuk menyimpan. Suka atau tidak. Susah atau senang. Simpan!

1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit

Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.

2. Main Kutu

Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan, boleh cuba teknik ini. Kutu tradisional. Bukan skim kutu yang menyalahi undang-undang tu.

Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.

3. Kumpul Si Hijau

Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini, terus simpan di dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Dah baca, jangan cakap banyak. Buat cepat.

4. Simpan Duit Syiling

Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke mana-mana.

Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.

5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM

Ada 3 pilihan.

  • Akaun fixed deposit
  • Tabung Haji
  • ASB

Buka akaun,  masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.

Selamat menabung!

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.