5 Sebab Kenapa Kita Mesti Kaya dengan Cara yang Halal

Semua orang mahu menjadi orang yang berharta.

Namun, ada yang memilih untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun walaupun melanggar batas-batas Islam. Sedangkan harta sepatutnya membantu kita di akhirat kelak dan bukannya menjadi penghalang kita dari memasuki syurga.

Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya yang tumbuh dari benda yang haram melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya. (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi)

Justeru, kita mesti mengetahui kenapa kita mesti mencari harta kekayaan dengan cara yang halal dengan menjauhi 3 maksiat besar dalam urusan harta iaitu riba, judi dan gharar.

1. Tanda syukur kepada Allah swt

Setiap kekayaan di atas muka bumi ini adalah daripada Allah untuk kita.

Emas, perak, kambing, lembu, padi, petroleum serta bisnes misalnya adalah antara sumber kekayaan yang tidak dapat kita hitung banyaknya. Harta-harta tersebut dan jenisnya dicipta sebagai habuan kita di dunia. Justeru, mencari harta kekayaan dengan cara yang halal adalah salah satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang diberi. [al-Qasas:77]

2. Anak kunci syurga

Harta dari sumber yang halal perlu dizakat dan dibelanjakan di jalan Allah.

Harta merupakan salah satu modal perniagaan kita dengan Allah. Barangkali kita tidak dapat menjadi seorang yang ulama yang merupakan waris para Nabi untuk masuk ke syurga. Justeru, menjadi seorang hartawan yang dermawan adalah pilihan kita. [As-Soff: 10-12]

3. Berkembang unik

Harta halal, melalui zakat dan sedekah dapat berkembang dengan cara tersendiri.

Ini kerana zakat dan sedekah walaupun secara fizikal kelihatan ‘mengurangkan’ tetapi sebenarnya zakat dan sedekah menambahkan harta. Berbeza dengan harta haram, nampak banyak tetapi akhirnya susut dan mengecil. Sesungguhnya semua harta adalah milik Allah dan Dia memberi kepada kita dengan cara tersendiri. [al-Baqarah: 276]

4. Semakin banyak, semakin tenang

Harta yang halal, walaupun jumlahnya kecil tetap memberikan ketenangan dalam jiwa.

Berbeza dengan mereka yang mengumpul harta melalui jalan riba, judi dan gharar, Allah swt mencabut ketenangan dari jiwa mereka. Lagi banyak mengumpul harta haram, lagi gelisah, gundah gulana dan semakin jauh dengan Allah swt. [al-Baqarah: 277]

5. Nabi saw juga orang kaya

Sisi lain Nabi Muhammad saw adalah baginda merupakan orang bisnes.

Dari kecil sudah diajar berniaga. Menjadi rakan niaga Sayyidatina Khadijah ‘business woman’ ulung pada zamannya dan kemudian menikahinya dengan maskahwin 20 ekor unta (anggaran nilai seekor unta paling kurang bersamaan dengan 8 ekor kambing). Ketika Nabi saw mula menyebarkan Islam, bisnes Baginda diuruskan oleh sahabat bernama al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi. Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik menjadi kaya dengan cara yang halal.

… makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan daging tubuhnya tumbuh dari yang haram. Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya dimakbulkan? (Hadis dari Imam Muslim)

Mahukah tuan keluar dari hutang piutang keliling pinggang? Jika ya, sila klik link di bawah:

www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, penulis tutorial online Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

7 comments… add one

  • Megat Nov 17, 2011

    Dapat order RM1juta. Kos RM600k. Tapi dlm tangan ada cash RM400k. Tak cukup guna. So, mintak bantuan kawan RM200K.

    Apakah proposal yg sesuai sebagai insentif bari bantuan RM200k tersebut?
    a. “kau bagi pinjam RM200k, nanti aku pulangkan RM200k dan hadiah RM50k”.
    b. “kau labur dgn aku RM200k, nanti aku share untung 50-50 dengan kau”.
    c. “kau beli saham syarikat aku RM200k, nanti aku beri pulangan melalui dividen setiap tahun.”

    Apa pendapat Pakdi? Ada cadangan lain yg bernas?

    • Pakdi Nov 18, 2011

      1. Terpulang kepada kita, nak untung yang bagaimana.

      2. Mengenai proposal a:

      a. Tidak boleh janji hadiah awal-awal. Riba jadinya.

  • azhar Dec 11, 2011

    assalam tuan nak tanya, kalau masuk asb contoh 25 ribu , tapi saya kongsi dengan kawan , saya 15 ribu dan dia 10 ribu , dapat bonus bahagi ikut duit yang di laburkan boleh tidak , duit simpanan akan di berikan jika tutup / tamatkan perjanjian

    contuh pengiraan , katakan dividen 8%, maka saya dapat rm1200, dia dapat rm 800, harap tolong beri komen tuan tq

  • xaviee Jan 4, 2012

    kenapa perlu share? invest jelah masing2. sorang invest 15k, sorang lg 10k. masing2 akan dpt bahagian masing2..klu ASB la..

  • hadi Jan 5, 2012

    apakah hukum membeli dinar iraq dan menyimpannya untuk dijual apabila nilai mata wangnya kembali tinggi?

  • Sadun Jun 21, 2012

    Assalamualaikum Pak Di,
    Duit Iraq pada masa saya membelinya mempunyai value yang amat rendah dan tidak bersifat seperti duit yang boleh dilakukan jual beli ( menukar duit dengan barang) di pasaran Malaysia, cuma seperti membeli setem lama. Saya membelinya hanya sebagai koleksi dengan harga RM 800 bagi beratus ribu dinar, tidak dengan rate sebenar duit yang ditentukan bank iraq. Koleksi saya ini mungkin akan bernilai di suatu masa akan datang, dan boleh ditukarkan dibank-bank tempatan. Ketika itu pertukaran duit adalah berpandukan rate nilai sebenar duit bukan lagi berdasarkan harga barang koleksi.
    Dalam kes ini adakah duit tersebut halal untuk saya belanjakan? Kalau tak halal bagaimana saya perlu buat untuk mendapatkan modal saya semula, maksud saya duit modal itu berkeadaan bersih “halal”.
    Terima kasih Pak Di

  • Sadun Jun 21, 2012

    Tambahan…….saya membeli duit tersebut secara pos. Terima Kasih

Leave a Comment