5 Idea Bisnes Perkhidmatan Penghantaran

88h

“Saya nak berniaga, tapi tak tahu nak jual apa”

“Buat bisnes yang dapat selesaikan masalah orang lain”

Jika perniagaan kita dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain, maka ketahuilah bisnes tersebut sentiasa mendapat permintaan yang berterusan. Pengangkutan antara masalah yang ramai orang hadapi.

  • Tak sempat ambil anak dari sekolah.
  • Malas nak keluar rumah beli makanan.
  • Tidak ada kenderaan untuk bergerak.
  • Sibuk dengan kerja.
  • Dan pelbagai masalah lagi yang berkaitan dengan pengangkutan ini.

5 Idea Bisnes Perkhidmatan Penghantaran

Berikut ialah idea-idea bisnes berkaitan:

1. Food Delivery Service

Syarikat makanan segera seperti DominoPizza, McDonalds & Pizza Hut antara syarikat yang memang terkenal dengan servis penghantaran mereka. Telefon sahaja, dalam 30 minit sudah sampai depan pintu rumah.

Kita dapat lakukan benda yang sama dengan menawarkan servis penghantaran makanan terus ke rumah atau pejabat. Contohnya seperti hantar makanan di dalam mangkuk tingkat. Servis sebegini kebiasaannya pelanggan akan bayar untuk sebulan terus. Kita dapat berikan senarai menu untuk tempoh sebulan. Setiap hari kita akan buat penghantaran pada waktu yang sama. Mudah untuk kita uruskan.

2. Laundry Pick Up & Delivery Service

Servis dobi.

Pergi ambil baju dari rumah, sudah siap dibasuh akan dihantar semula ke rumah. Boleh JV dengan mana-mana kedai dobi yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda.

3. Grocery Delivery Service

Servis beli barangan runcit, sayur atau makanan basah.

Beri senarai barang yang hendak dibeli, kita pergi beli, kemudian hantar terus depan rumah. Tak perlu nak susah-susah keluar pergi Giant, Tesco untuk beli barangan tersebut. Sesuai untuk mereka yang sibuk atau mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

4. Personal Driver Service

Alternatif yang lebih eksklusif berbanding naik bas sekolah.

Sebagai contoh kita cari 3-5 orang pelanggan yang terdiri dari pelajar sekolah. Kita pergi ambil dari rumah dan hantar ke sekolah pada waktu pagi. Kemudian, ambil dari sekolah dan hantar pula ke sekolah agama petang. Petang kita ambil dan terus hantar pulang ke rumah. Servis begini boleh caj harga premium antara RM300-RM500 sebulan.

5. Bill Payment Service

Pernah tengok orang beratur di pejabat pos semata-mata nak bayar bil air ,bil internet dan eletrik?

Kita pun hairan kenapa diorang sanggup beratur sedangkan kini semuanya boleh dilakukan secara online. Kita boleh tawarkan perkhidmatan untuk bantu mereka bayar bil-bil tersebut. Boleh buat promosi flyers dan hantar dari rumah ke rumah. Kumpul dan bayar secara online. Sediakan juga bukti pembayaran untuk diserahkan semula kepada pelanggan.

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

4 comments… add one
  • kl-car-rental May 15, 2013

    nice ideas..

  • soleh May 16, 2013

    Salam,

    Personal driver untuk motorsikal masih belum ada lagi. Mungkin boleh diwujudkan.

  • sha May 20, 2013

    Di sini kesemua kedai runcit dan service laundry ada penghantaran ke rumah, walau pun talipon nak sebotol susu akan dihantar dgn basikal.

  • kenoi May 20, 2013

    no. 4 tu dah melanggar undang².
    kena ada lesen khas untuk bawa budak sekolah, kalo kemalangan mmg tak boleh tuntut insurans.
    di tempat saya mmg ramai buat bisnes ni, memula kata nak tolong jiran², akhirnya tolong jiran-jiran-jiran sehingga penuh kereta dibuatnya. bukan sahaja merbahaya kpd pemandu, malahan kpd bebudak yg tak mengerti pape..

Leave a Comment