4 Soalan Pasal Matawang & Perbankan Islam Yang Sering Ditanyakan

soa

Tuan puan,

Haram itu ada dua.

Bukan bila sebut haram sahaja, maka semua hukum haram itu sudah menjadi mutlak, tidak boleh diubah-ubah lagi. Boleh jadi haram yang dimaksudkan memang haram yang mutlak, tetapi ada juga haram yang tidak sebegitu. Mulakan dengan memahami:

1. Haram lizatihi

Iaitu haram pada benda tu sendiri.

Contohnya, daging babi. Ia telah disebut jelas haram dalam al-Quran.

2. Haram li ghairi zatihi

Asal benda itu harus. Tapi ada benda lain yang jadikan ia haram.

Contohnya, daging ayam. Tidak diharamkan. Melainkan, itu daging ayam curi, daging ayam tak sembelih.
.

  • Haram (1) tak boleh buat apa. Sembelih babi tetap tak halal.
  • Haram (2) kalau dah hilangkan sebab haram tu tadi, jadi halal semula.

Aplikasi kewangan semasa ini perlu difahami dengan cermat. Sebab hukum dalam muamalat ini adalah lebih fleksibel berbanding hukum dalam ibadat.

Isu Halal Haram Berkaitan Duit Kertas, Pelaburan Emas & Perak dan Perbankan

(i) Apakah Duit Kertas Itu Haram ?

Menjadikan dinar emas & perak sebagai pengganti duit kertas tidak terus dapat menyelesaikan isu riba.

Ini kerana matawang dan riba adalah 2 isu berbeza. Walaupun mempunyai kaitan.

Bukankah pada zaman Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) menggunakan dinar & dirham ? Tapi pada masa yang sama masih turun ayat pengharaman riba, dan hukum ini cuma sempurna pada penghujung hayat Baginda.

Apakah selama itu masyarakat Arab tidak menggunakan dinar dan dirham ?

Sila rujuk:
Apakah Islam Membenarkan Matawang Selain Emas dan Perak ?
Apa Itu Riba ?

(ii) Apakah Yang Menjadikan Emas, Perak & Matawang Kena Jual Beli Secara Tunai ?

Apabila duit kertas menjadi matawang, secara automatik ia ada kesan riba.

Tapi bukan duit kertas itu sendiri jatuh hukum riba. Mana dalilnya jika itu pegangan tuan ?

Maka apabila ada kesan riba, hukum bay’ sarf terguna pakai untuk perkara berikut:

  • Pembelian / pelaburan emas & perak
  • Pertukaran / pelaburan matawang / forex.

Sila rujuk:
Apa Itu Rukun Jual Beli
Boleh Jadi Riba! Sebab Itu Anda Perlu Tahu Jual Beli Tunai dan Jual Beli Hutang

(iii) Apakah Benar Pelaburan Emas Itu Pelaburan Paling Islamik ?

Tuan nak beli (atau nak jual) emas 10 kilogram sekalipun, terpulanglah.

Namun janganlah menggunakan hujah agama yang tidak tepat untuk suruh orang beli emas, seperti mengelirukan masyarakat dengan isu-isu yang telah disebutkan di atas. Takut-takut jadi golongan ruwaibidhoh.

Kalau orang tanya saya pasal pelaburan emas, saya cuma minta pastikan ianya tidak berlaku riba dan fahami betul-betul emas itu aset jenis yang bagaimana.

Sila rujuk:
Sembang Pelaburan: ASB Atau Emas
Kesan Berpegang dengan Hukum Duit Kertas Haram

(iv) Apakah Benar Perbankan Islam Itu Tipu Helah Menghalalkan Riba ?

Perbankan Islam haram ?

Terpulang jika tuan nak berpegang dengan pendapat begitu. Tapi ia tidak menjadikan perbankan konvensional itu halal.

Apabila kita memahami fungsi bank, maka kita buang aktiviti tertentu dalam industri perbankan yang menjadikan ia haram. Itulah yang perbankan Islam buat.

Sila rujuk:
4 Perkara Yang Anda Perlu Ambil Tahu Tentang Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional
Kesan Berpegang Dengan Pendapat Imran N Hosein; Perbankan Islam Adalah Haram Sebab Amalkan Back-Door Riba

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan. Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.