4 Sebab Penurunan Nilai Mata Wang Ringgit

rmbnm

1MDB, GST dan kenaikan harga tol dan lain-lain.

Itulah sebab ringgit jatuh yang selalu saya baca di laman sosial.

Barangkali itu yang saya dan kita semua ingin percaya.

Tetapi menurut Tuan Faizul Ridzuan, penulis buku WTF, 23 Properties By 30, ada  4 sebab penurunan nilai mata wang ringgit iaitu:

  • Penarikan diri oleh pelabur dari emerging market
  • Penurunan harga komoditi
  • Krisis politik di negara kita
  • Penurunan nilai mata wang Yuan

Peluang pelaburan masih ada meskipun nilai mata ringgit rendah. Pesan Tuan Faizul Ridzuan

  • Bijak memilih lokasi
  • Buat kajian terlebih dahulu
  • Mempunyai rancangan dengan harta yang dibeli
  • Persiapkan diri dengan ilmu yang tepat

Jadi, walaupun nilai Ringgit Malaysia mengalami penurunan dalam tahun ini, peluang untuk membuat pelaburan itu masih ada. Kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu yang secukupnya agar kita dapat membuat pelaburan dengan bijak.

Ini semua adalah apa yang saya dapat dari webinar Tuan Faizul, seperti yang dikongsikan di bawah:

About the author: Young Padawan di planet Pakdi.net

Comments on this entry are closed.