4 Perkara Yang Anda Perlu Ambil Tahu Tentang Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional

benk

“Buat loan Bank Islam.”

“Pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat.”

“Pinjaman perumahan dengan Maybank Islamic.”

Antara punca kekeliruan terhadap perbankan Islam adalah apabila “meminjam” dengan bank-bank Islam “hutangnya” sama dengan bank-bank konvensional.

Nampak tiada beza pada pandangan kasar.

Namun wujud perbezaan yang tuan / puan wajib tahu. Ada beza antara pinjam dan hutang.

1) Bank-bank Islam tidak memberi pinjam (loan/qard).

Mereka memberikan pembiayaan berasaskan kaedah jual beli yang menghasilkan hutang (debt/dayn). Mekanisma jual beli tersebut telah saya tulis secara umum menerusi artikel ini:

Bank Islam Back-Door Riba?

Contohnya, Ahmad menjual komputer RM 5,000 kepada Ali dan bayaran dibuat secara ansuran dalam tempoh 3 tahun.

Ini namanya jual beli berhutang atau dalam istilah lain jual beli tangguh. Wujud hutang.

2) Manakala bank konvensional pula memberi pinjaman dan mengambil untung dengan jalan riba.

Contohnya:

Sam nak beli komputer dan Dol meminjamkan duit kepada Sam sebanyak RM 5,000 dengan untung riba 5% selama 3 tahun.

Maka transaksi di atas ini adalah riba.  Wujud hutang.

3. Ya, Keduanya Ada Kesan Yang Sama Iaitu hutang.

Kesan sama.

Namun cara bank-bank Islam jual beli yang menghasilkan hutang. Patuh Shariah kerana berasaskan jual beli.

Jadi kita boleh ambil untung dengan cara jual beli (sale / bay’) sikit atau banyak atau tak mahu ambil untung langsung pun ok.

Manakala cara bank-bank konvensional pinjaman yang menghasilkan hutang. Ia adalah haram kerana berasaskan pinjaman riba. Kita tidak boleh ambil untung dari pinjaman (loan / qard), walaupun 1 sen.

4. Nampak Sama Tapi Berbeza

Justeru, kita tidak boleh sekali menyamakan riba dan jual beli atau menyamakan bank konvensional dan bank Islam kerana telah wujud larangan yang keras dari Allah swt mengenai perbuatan yang menyamakan riba dan jual beli:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka berkata, “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.”

Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

(al-Baqarah: 275)

Comments on this entry are closed.