4 Panduan Pelaburan Yang Dapat Mengelakkan Anda Rugi Besar

210H

Rugi sekali bukan bermakna gagal.

Ramai takut rugi sebab takut menjadi orang yang gagal.

Sedangkan rugi ini adalah satu proses untuk berjaya. Namun, jangan pula sampai ambil risiko membabi buta kerana kerugian itu juga mesti dikawal.

Bagaimana ? Berikut adalah 4 panduan asas yang berguna.

1. Tabungan Khas

Modal khas untuk melabur.

Iaitu modal yang tidak menjejaskan kualiti hidup sekiranya rugi 100%.

Atau dalam bahasa lain, kalau rugi semua modal itu pun kita tidak akan jatuh miskin dan papa kedana. Jika gaya hidup kita terpaksa berubah akibat cashflow jadi tunggang langgang apabila rugi itu tandanya kita melabur lebih dari kadar yang sepatutnya. Apatah lagi kalau modal tersebut datang dari duit orang lain.

2. Mesti Ada Ilmu Pelaburan

Melabur jangan ikut orang.

Melabur jangan ikut trend semasa i.e. pelaburan yang tengah hot.

Pelaburan adalah aktiviti yang melibatkan kemahiran. Bukan aktiviti teka nombor. Past performance does not indicate future performance. Tetapi disitulah tempat bermula untuk memulakan analisa. Mesti sentiasa ada data di tangan. Kenal pasti fakta dan bukannya auta.

Ramai pelabur baru diajar tentang konsep high risk, high return. Sedangkan konsep itu tidak betul. Yang betul adalah high skill high return

3. Sentiasa Beli Semasa Diskaun

Apabila sudah ada data,  maka kita boleh buat analisa.

Apakah sesuatu pelaburan itu sedang ditawarkan pada harga diskaun atau tidak ?

Macam mana nak untung kalau asyik beli pada masa yang sama orang lain beli ? Sepatutnya kita membeli pada saat orang tidak membeli dan kita menjualnya ketika orang lain baru nak membeli. Jadi kena tahu cara membeli sesuatu pelaburan ketika ianya datang dengan harga diskaun. Apabila kita dapat beli harta pada harga diskaun, kebarangkalian untuk untung adalah sangat tinggi.

4. Disiplin

Adakah kita mempunyai disiplin secukupnya semasa membuat pelaburan ?

Sentiasa dapat berkeadaan rasional dalam semua keadaan.

“Finding great companies early is only half the battle. We then have to learn how to hold them.” – unknown investor.

Sekiranya boleh berdisiplin tanpa memerlukan bantuan itulah yang terbaik. Antara tanda kita mempunyai disiplin yang sepatutnya ialah walaupun harga jatuh tetapi masih boleh cool dan tidak panik. Kembali kepada analisa dan data sedia ada dan bukannya mengikut emosi.

Jika tidak mampu berdisiplin dengan sendiri barangkali perlu mempunyai financial coach, independent financial planner yang boleh beri second opinion dalam situasi seperti itu.

Bonus Tips # 5 : Sabar

Anggaplah diri kita seperti petani.

Menanam benih di pagi hari, petang nanti dah boleh tuai hasil ke ?

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

2 comments… add one

Leave a Comment