4 Panduan Halal Haram Pelaburan ASB

sb

Apa sebenarnya status hukum ASB ni?

Halal?
Haram?

Tahniah kepada tuan puan yang serius tentang halal & haram dalam isu ini.

Berikut panduan untuk kalian.

1. Fatwa-Fatwa Hukum Amanah Saham Bumiputera

Kepada yang mahu berpegang kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Maka penulisan oleh Prof Dr Mahmood Zuhdi dan perbincangan 3 orang panel Shariah ini kalian wajib baca. Jadi, kita tahulah sedikit sebanyak sandaran hukum.

Sila ke link berikut untuk membaca artikel yang dimaksudkan:

Walaupun begitu, sehingga hari ini ada 3 majlis fatwa negeri, iaitu Selangor, Pahang dan Pulau Pinang yang tetap menyatakan ASB itu haram.

Berikut adalah pautan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H:

2. Jika Tidak Yakin Harus, Tinggalkan ASB.

Kepada yang tak mahu terima.

Tak mahu ikut, tidak yakin dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pilihannya ialah:

  • Tutup akaun ASB
  • Ambil semula duit modal asal
  • Keuntungan ASB disedekahkan. Jangan guna buat beli susu anak pula.

3. Kejap Yakin, Kejap Tak Yakin. Ish…

Maka, tinggalkan ASB.

Habis tu, dah jadi was-was.

Ada panduan yang Nabi Muhammad saw dah bagi kepada kita semua apabila jadi perkara macam ni:

4. Alternatif Kepada ASB

Melabur dalam indeks.

Bagi kebanyakan individu, beli unit trust berstatus Shariah index tracker.

Untuk mereka yang mempunyai minat & sedikit masa menguruskan pelaburan saham di Bursa Malaysia boleh beli exchange traded fund (ETF) yang patuh Shariah di Malaysia, atau beli syarikat-syarikat berstatus indeks.

5. Hormati Pendapat Yang Berbeza

Akhir sekali, artikel mengenai sikap kita dalam isu macam ni.

Perkara perbezaan pendapat dalam ruang yang boleh berlaku perbezaan ini, bincang sampai kiamat pun tak habis. Jangan jadi bodoh bergaduh, memaki hamun dan berlagak aku seorang yang tahu semua. Sila baca artikel ini.

Selamat membaca!

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.