4 Idea Jana Pendapatan RM100 Sebulan

duit rm100

Kayuh perlahan-lahan.

Jika kita baru buat bisnes, jangan terus sembang juta-juta. Kontrak itu kontrak ini. Kenal orang politik sana kenal orang politik sini.

Sasarkan dulu pendapatan serendah RM 100 sahaja sebulan dulu. Dah konsisten dapat, gandakan jadikan dia RM 500 ke. Seterusnya sampai menyamai gaji setiap bulan.

Ok?

Berikut adalah 4 idea ringkas untuk menjana pendapatan.

1. Sewakan wifi

Kalau anda pengguna Unifi atau Streamyx, cara ini mungkin untuk anda. Begini.

Anda bekerja dari pagi hingga ke petang, hujung minggu pula keluar. Kadang-kadang sahaja guna internet, paling lama pun mungkin dalam 3-4 jam sahaja sehari. Tetapi tiap-tiap bulan perlu bayar penuh. Guna atau tak guna masih perlu bayar. Apa kata anda tawarkan kepada 3 orang jiran anda unlimited access kepada internet anda dengan harga misalnya RM35 sebulan? Hanya berikan password sahaja kepada mereka. Alang-alang tak guna, baik kasi orang lain guna. Duit pun dapat.

2. Bawa orang pergi kerja

Cara ini untuk mereka yang membawa kereta ke tempat kerja.

Mungkin anda duduk di Shah Alam, tapi kerja di KL. Seorang sahaja dan ada 3 tempat kosong lagi. Rugi sahaja biarkan. Memang setiap hari kita kita pergi kerja. Kena bayar tol, bayar minyak lagi. Setiap bulan kita dah tetapkan perbelanjaan yang tetap untuk kos pengangkutan ini. Cari 2 orang lagi yang selalu guna public transport ke tempat kerja. Tawarkan servis menghantar mereka ke tempat kerja dengan bayaran yang lebih murah daripada naik bas atau komuter. Alang-alang kosong seat depan dan seat belakang, baik tawarkan servis tersebut.

3. Jadi ejen takaful kenderaan

Komisyen yang kita akan dapat sekiranya kita menjadi ejen insurans kereta adalah 10% dari jumlah yang dibayar. Sebagai contoh ada kereta yang kadar perlindungan takafulnya adalah RM 500, maka kita akan dapat RM50 sebagai komisyen. Jadi, untuk mendapatkan duit tambahan sebanyak RM100 sebulan, kita hanya perlu cari 2 orang rakan sahaja setiap bulan. Setahun 24 orang. Selepas habis setahun, follow up balik kawan-kawan lama tersebut, minta renew lagi dengan kita. Takkan tak ada 24 orang kawan yang pakai kereta?

4. Jual dan beli barang di Mudah.my

Marketplace yang terkenal di Malaysia adalah Mudah.my. Ada juga website lain seperti Lelong dan eBay. Di sini ramai seller dan buyer berkumpul untuk jual beli barang terpakai dan juga barang yang baru. Teknik ini dinamakan beli dan jual balik. Teknik ini pernah ada orang buat dan memberikan pulangan sekitar RM500 sebulan.

1. Pastikan anda sentiasa alert dengan harga market price sesuatu barang dan sentiasa rajin membuka website yang saya sebutkan di atas. Contoh harga iPhone 4 second hand sekarang RM900. Suatu hari ada jumpa orang yang hendak jual dengan harga RM850, murah RM50. Terus beli.

2. Pegang dahulu stok tersebut dalam 1-2 minggu dan kemudian relist semula di Mudah. Jual pada harga RM900, untung RM50 sahaja. Tak banyak untung, tapi senang nak jual. Jual 2 item sebulan, sudah dapat RM100 setiap bulan. Pastikan barang yang dibeli di dalam kategori hot item supaya kebarangkalian kita jual item tersebut pada harga yang kita mahu adalah tinggi.

Selamat mencuba.

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

6 comments… add one

  • Jibam Mar 26, 2013

    Terima kasih, Tak pernah terfikir macam ni. Semoga Allah memberkati usaha tuan.

  • Acik fosilmitra Mar 26, 2013

    Tambahan dari acik…

    Cari kalau² ada penjual kerepek pukal disekitar kawasan anda, pastu anda tolong pasarkan kerepeknya di ofis anda.. dari situ leh markup (atas angin) dlm RM1 ke RM2… Acik pernah mencubanya.. Jual kuih kulit popia akak ipar… hehehe..

  • menarik2..

  • Portal KSSR Mar 26, 2013

    Setakat ini saya menjana purata RM10/minggu dengan pemasangan iklan di blog saya (www.kssr.org). Sebulan purata boleh dapat RM50.Itupun saya seorang sahaja yang klik iklan.Pengguna blog saya dalam 250 – 350 orang setiap hari. Bayangkan???

  • Xefron Mar 28, 2013

    suke idea no 2.

  • Anonymous Apr 14, 2014

    idea menarik yang boleh dikongsikan…

Leave a Comment