4 Cara Untuk Dapatkan Idea Menjual di Internet

4 cara kaji demand

Manusia dari dulu berniaga.

Hanya medium sahaja berbeza. Namun, prinsip berniaganya masih sama.

Hari ini internet banyak mengubah cara orang berniaga.

Berniaga secara online ini mudah. Easy entrance. Sesiapa sahaja boleh buat. Modal pun rendah. Boleh dilakukan di rumah dan boleh dijalankan secara part-time sahaja.

Tapi, nak jual apa? Berikut adalah 4 cara yang boleh kita guna untuk mengkaji permintaan di internet.

1. Gunakan Google Keyword Tools

Masukkan keyword yang anda hendak kaji ke dalam ruang yng disediakan. Tukar location kepada Malaysia dan pilih all language.

keyword

Lihat keputusan carian untuk keyword baju kurung ini. Perhatikan bahagian Local Monthly Searches di sebelah kanan.

local monthly searches

Jumlah carian tersebut menunjukkan berapa ramai orang menaip keyword tersebut setiap bulan di Google. Jadi, anda dapat kenal pasti sama ada produk yang bakal anda jual mempunyai permintaan di internet atau tidak.

— Klik di sini untuk mulakan carian keyword anda.

2. Forum Online

Forum adalah tempat orang bertukar pandangan dan pendapat.

Cuba cari apa topik yang selalu dibincangkan dan mendapat respon yang tinggi dari ahli forum tersebut. Banyak forum yang terdapat di Malaysia yang anda boleh sertai. Ada forum yang bersifat umum dan ada juga yang hanya fokus pada sesuatu bidang sahaja. Dengan menyertai perbincangan di forum-forum ini, anda dapat mengenal pasti apakah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang dan kemudian cari produk yang dapat menyelesaikan masalah mereka. Carigold.com antara forum yang terkenal di Malaysia.

forum

3. Social Media : Facebook/Twitter/Youtube

Facebook dan social media platform yang lain sudah menjadi rakan akrab kepada generasi zaman sekarang.

Nak pergi kedai runcit pun  update status di Facebook sambil tunjuk gambar mulut muncung.

Maka ramai la orang komen dan like status sebegitu walaupun pada pandangan logik kita, tak ada apa yang penting pun. Tapi sebagai seorang usahawan yang bijak, status-status sebeginilah kadang-kala memberikan kita idea bisnes. Kalau lebih dari sepuluh orang bercerita topik yang sama, maka disitu terdapat trend atau demand yang wujud.

Contohnya tiba-tiba ramai yang yang bercerita tentang tudung bawal 3 tones. Lawa, senang pakai, murah. Masing-masing asyik bercerita benda yang sama.

Apa perlu anda buat?

Pergi terus ke Jalan TAR, cari tudung tersebut, pilih yang cantik-cantik (kalau anda seorang lelaki,dapatkan kawan wanita lain yang pandai bab ini), ambil gambar dan terus upload di Facebook. Tagged kawan-kawan tadi. Tengok dapat sales ke tak. Beri diskaun untuk test market dahulu. Kalau terus habis,maka ini menunjukkan tudung tadi memang tengah laku. Sila beli lagi stok baru esok.

Follow the trend.

4. Iklan

Kaedah keempat ini anda boleh kaji bukan sahaja di internet.

Malah di media massa yang lain.

Cuba anda perhatikan di majalah-majalah, TV, suratkhabar, Facebook, dan beberapa media yang lain, perhatikan produk apa yang sering keluar.

Nak iklan di TV bukannya murah. Berpuluh ribu habis hanya untuk iklan 30 saat. Kenapa syarikat tersebut berani untuk laburkan duit mempromosikan produk mereka? Jawapannya adalah kerana mereka tahu pulangan yang bakal diterima adalah jauh lebih tinggi dari kos iklan tersebut. Syarikat-syarikat besar ini telah membuat kajian pasaran yang lebih detail dari anda. Makin banyak advertiser yang masuk menunjukkan the market is very big and lucrative.

Contoh seperti produk kecantikan. Brand apa yang selalu dengar? Garnier, Fair & Lovely, SK-II, Sendayu Tinggi dan beratus lagi produk yang ada. Apa persamaannya? Semuanya di dalam produk kecantikan. Perempuan sanggup berhabis duit untuk cantik. Maka, anda juga boleh jual produk kecantikan ini. Cari produk yang menawarkan peluang untuk menjadi ejen atau stokis. Kalau anda ada modal dan kepakaran di dalam bidang ini, anda juga boleh keluarkan produk anda sendiri.

Kalau hendak bercerita tentang idea bisnes ini, memang 3 hari 3 malam pun tak habis. Zaman sekarang bukan masalah tak tahu nak buat bisnes apa, tapi tak tahu nak pilih bisnes yang mana. Banyak sangat piihan yang ada. Semua benda nak jual. Semua benda nak buat.

Tak guna juga kalau anda ada 100 idea bisnes tapi satu pun belum buat. Fokus kepada satu bidang/produk dahulu. Sudah berjaya, baru fikirkan benda yang lain pula.

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

6 comments… add one
  • matjoe Mar 13, 2013

    trima kasih atas perkongsian. penting ni

  • abdjabbar Mar 13, 2013

    Alhamdulillah. Idea dan tips yang segar lagi bernas. Terbaik Pakdi!

    Terima Kasih.

  • Mas Health Boutique May 23, 2013

    Ya, saya pun baru berjinak dengan online bisness. Saya pilih jual produk kesihatan

  • Hasnah Oct 30, 2014

    Saya ingin menjual barangan kesihatan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Leave a Comment