Sebenarnya ada 2,500 cara nak habiskan duit sebanyak RM 2,500.
Ho ho ho.
Tapi saya cuma nak kongsi 4 cara.
# 1 Buat bayar hutang kad kredit
Jadi kita tak perlu lagi bayar hutang kad kredit setiap bulan sebanyak RM 125. Cashflow kita dapat bertambah sebanyak RM 125. Kita tak perlu lagi pening kepala dengan hutang kad kredit. Kita dapat mengelakkan bank menjadi kaya dengan duit kita. Jika kita ikut sahaja penyata yang bank beri, barangkali kita beri bank untung sebanyak RM 787.22.
# 2 Beli smartphone
iPhone 5. Samsung Note. Blackberry 10.
Fuh. Kawan pandang pun jeles semacam tengok kita up-to-date dengan teknologi terkini. Hebat. Cuma selepas itu setiap bulan barangkali kita perlu keluarkan duit lagi paling kurang RM 50 sebulan. Setahun, RM 600. 2 tahun, RM 1,200.
#3 Beli saham
Andaikan kita beli saham DiGi.com
Pada harga RM 4.50 / seunit misalnya kita dapat memiliki paling kurang 500 unit saham atau 5 lot saham. Setiap tahun kita berpeluang mendapat dividen sehingga 4.53%. Jika harga saham tersebut naik lagi, boleh untung capital gain. Kalau harga jatuh pun, dividen tetap berjalan seperti biasa.
#4 Sedekah
Beri kepada ahli keluarga yang memerlukan.
Barangkali ada di kalangan mereka yang tak cukup makan setiap bulan. Tapi alhamdulillah kita ada lebih duit pula. Sesungguhnya RM 2,500 tersebut walaupun ‘hilang’ dari poket kita namun pada hakikatnya tidak terusik sedikit pun. Dapat pahala sedekah, dapat pahala merapatkan silaturrahim. Return On Investment (ROI), infinity.
Apakah pilihan kalian?

Terbaikk la post ni Pakdi..TQ..
satu contoh pengurusan yang baik dan penuh dengan maksud tersirat. Syabas Pakdi.
Beli Blackberry 10. Yeah….
Saya pilih no. 3 dan no. 4.
Kalau beli emas Pakdi?