3 Tips Jimat Cukai 2011

Oleh: Erhan & Farhana (pasangan penulis tamu yang sangat passionate mengenai personal finance)

Kita sudah berada di pertengahan bulan 12. Maksudnya ada lagi 2 minggu utk ke penghujung tahun 2011. Mungkin ramai antara kita sedang ataupun akan mengambil cuti hujung tahun.

Ada beberapa perkara berkaitan “personal finance” yang boleh kita lakukan dalam masa beberapa hari ini yang akan menjimatkan cukai yang akan difailkan pada bulan April nanti.

1. SSPN

Kalau ada duit lebih dan jika anda punya anak, dan anda ada bercita-cita untuk menghantar anak anda belajar di peringkat tertiari, SSPN merupakan salah satu cara yang baik untuk menyimpan. LHDN membenarkan pelepasan cukai pendapatan individu maksimum RM3000.

2. Zakat

Jika sudah cukup haul untuk tahun ini, kira dan bayar zakat. Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan.

“Jika seseorang pekerja membayar zakat secara potongan gaji, majikan boleh mengurangkan amaun bayaran zakat dari potongan PCB untuk bulan yang berkenaan. Namun begitu, sekiranya zakat dibayar bukan secara potongan gaji, pekerja berkenaan perlu menghubungi cawangan LHDNM yang berkenaan untuk penjelasan selanjutnya.” – LHDN

Oleh itu, jika anda spend masa sebanyak 15 minit untuk isi borang dan hantar ke majikan anda (jika sistem ini wujud dalam syarikat), anda dapat memenuhi tanggungjawab sebagai umat islam tanpa bersusah payah beratur di kaunter zakat. Anda jimat masa, masa itu duit.

3. Perlepasan cukai bentuk “consumption”

Ada beberapa perlepasan cukai berbentuk “consumption” seperti pembelian komputer (3 tahun sekali), jalur lebar, alatan sukan dan buku/majalah. Simpan resit.

Selamat bercuti hujung tahun.

3 comments… add one
  • Juan Dec 29, 2011

    Saya belum bekerja dan tiada pendapatan tetap lagi. Apapun, mungkin saya akan laluinya pada masa akan datang. Tip yang amat berguna. 🙂

  • Yahya A Shukor Jan 3, 2012

    Dekat mana kita nak tahu dengan lebih lanjut berkaitan perkara no 3 tu?
    Perlepasan cukai bentuk “consumption”

Leave a Comment