3 Sebab Kenapa Gen-Y Menghadapi Masalah Kewangan

aif

Hai semua.

Nama saya Muhammad Hafiz Hadi.

Tapi gambar itu bukan gambar saya. Tidak mengapa, saya cerita sekejap lagi siapa dia.

Saya adalah Gen Y. Masih belajar dalam kursus engineering. Masih berbaki 2 tahun baki pengajian. Impian saya ialah untuk bekerja dalam industri minyak dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Maklumlah itu yang orang kata mengenai industri minyak ini.

Dalam pemikiran saya, dengan gaji yang besar sudah tentu saya dapat hidup senang. Dapat beli rumah besar, kereta mahal dan dapat melancong ke mana-mana destinasi yang menarik di dunia.

Semuanya baik sehinggalah saya membaca kajian yang ditulis oleh Dr Raymond Madden, Chief Executive Asian Institute of Finance dan Dr Wan Norsofiza Wan Azmi, Director, Strategy, Policy Development and Research, Asian Institute of Finance tentang kefahaman generasi Y terhadap hal berkaitan kewaangan

Terkejut !

Gambar di atas itulah Dr Raymond Madden. Thanks doc!

Sebagai pelajar yang bakal bekerja tidak lama lagi, membaca laporan ini adalah sesuatu yang menyedihkan dan menakutkan. Siapa sangka …

  • 75% Gen Y mempunyai sekurang-kurangnya 1 hutang jangka masa panjang setelah bekerja
  • 47% Gen Y terlibat dengan penggunaan kad kredit secara berlebihan
  • 38% Gen Y membuat personal loan
  • 45% Gen Y tidak dapat membayar hutang tepat pada masanya

3 Sebab Gen Y dalam masalah !

1. Cetek Ilmu Pengurusan Kewangan

Di sekolah mahupun universiti fokus utama yang diberikan kepada pelajar adalah untuk lulus peperiksaan. Kemudian sibuk cari kerja.

Kita kurang diberikan pendedahan kepada ilmu pengurusan wang. Akhirnya, duit gaji yang kita bakal terima digunakan dengan tidak efektif dan habis begitu sahaja.

2. Tiada Penasihat Kewangan Peribadi

Generasi Y lebih selesa untuk mendapatkan maklumat kewangan melalui internet, media sosial dan blog.

Maklumlah percuma. Dan mereka merasakan penasihat kewangan peribadi tidak boleh dipercayai dan hanya membazirkan wang.

Malangnya, kawan-kawan mereka dalam laman sosial itu pun sedang menghadapi masalah yang sama dengan mereka! Aduh.

3. Belanja Sekarang Simpan Kemudian

Generasi Y tidak nampak manfaat untuk berkorban hari ini untuk kebaikan masa depan.

Generasi Y lebih suka berbelanja daripada menyimpan untuk masa depan. Katanya biar papa asal bergaya.

Bertindak Sekarang !

Saya tidak mahu menjadi sebahagian dari statistik yang negatif.

Kalaupun 99% generasi saya kata mereka perlu berhutang untuk berkahwin, saya memilih untuk menjadi 1%. Maka inilah tindakan saya.

1. Mula Belajar Ilmu Pengurusan Kewangan

Saya sedar ia tidak diajar di universti sekarang, dan di sekolah dahulu.

Apabila sekolah kurang memberikan pendedahan kepada kita tentang ilmu pengurusan wang, maka sudah tentu kita kena belajar! Sama ada kita berguru dengan mereka yang pakar, membaca buku-buku kewangan atau menghadiri seminar-seminar yang berdekatan.

Kita mungkin tak sedar sekarang, tapi nanti bila andaikan kita ada sejumlah duit, misalnya RM 30,000. Nak buat apa dengan duit tersebut ? Buat bayar hutang atau dilaburkan ?

Barangkali ebook Rancang Wang Dari Sekarang dapat menjadi kickstart untuk kita bermula urus duit dengan lebih baik, sila klik link di bawah untuk mendapatkannya.

Ebook Rancang Wang Dari Sekarang

2. Dapatkan Penasihat Kewangan Peribadi

Penasihat kewangan pakar dalam bidang pengurusan kewangan.

Kita yang bakal sibuk dengan urusan kerja dan masih tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan duit gaji perlu ada penasihat kewangan peribadi.

Antara manfaat yang kita dapat peroleh ialah mendapatkan khidmat nasihat dalam membuat hutang, membuat perancangan persaraan, berbincang strategi menyelesaikan hutang sedia ada, serta dapat panduan untuk menabung dan melabur.

Dan yang paling terdekat untuk saya, plan duit untuk berkahwin! Hee.

3. Susah Sekarang Senang Kemudian

Kita perlu belajar untuk menangguhkan kepuasan.

Delay gratification.

Bukan suruh hidup susah. Tetapi belajar untuk hidup secara bersederhana, bawah dari duit gaji. Janganlah ada gaji RM 3,000 tapi nak hidup gaya RM 10,000. Mana boleh.

Nak boleh, tapi kena lah cari pendapatan tambahan dan belajar melabur, kan ?

Sementara masih bujang, dengan gaji sebesar itu, saya mahu hidup dengan gaya hidup RM 2,000 sahaja. Selebihnya saya mahu simpan!

Janganlah mencebik mulut, apabila membaca financial goal saya ni.

Doakanlah saya mampu melakukannya ya.

About the author: Young Padawan di planet Pakdi.net

Comments on this entry are closed.