3 Persediaan Yang Mesti Dibuat Untuk Menghadapi Kegawatan Ekonomi

kau

Pada suatu hari Raja Mesir berkata, “Sesungguhnya aku mimpi melihat ada tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi”.

Ketua-ketua kaum itu pun menjawab, “Itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang boleh mentafsirkan mimpi.”

Ketika itu rakan banduan Nabi Yusuf pun teringat kisah yang lampau iaitu orang yang terselamat dari hukuman, lalu dia pun berkata, “Aku akan memberi tahu kepada kalian tafsirannya. Aku akan kembali ke penjara untuk berjumpa seorang yang pandai mentafsirkan mimpi.”

Selepas dapat berjumpa dengan Nabi Yusuf, lelaki itu pun berkata “Wahai Yusuf orang yang berkata benar, tafsirkan kepada kami tentang seorang yang bermimpi tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering. Tafsirkan mimpi tersebut supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.

Yusuf menjawab, “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.
.

Ini merupakan kisah benar yang direkodkan dalam al-Quran dalam Surah Yusuf, ayat 43 – 49. Allah swt telah mengajar Nabi Yusuf a.s. untuk memberikan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara Mesir yang dijangkakan bakal berlaku. Kisah ini adalah petunjuk dari langit kepada semua individu yang mahu bersedia untuk menghadapai krisis atau kegawatan ekonomi.

Krisis ekonomi adalah sesuatu yang pasti berlaku. Ibarat binatang e.g. lembu gemuk yang akhirnya mati dan tumbuhan e.g. biji-bijian yang menghijau akhirnya menjadi kering dan tidak boleh dimakan lagi. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk mengelakkan perkara-perkara tertentu seperti apabila tiba saat kematian & kemarau. Tapi apa yang dapat kita dapat buat ialah bersedia untuk menghadapi perkara tersebut.

Dari kisah mimpi Raja Mesir ini, terdapat 3 prinsip pengurusan harta yang dapat digunakan untuk sebagai persediaan menghadapi kegawatan ekonomi. 3 prinsip tersebut ialah:

  1. Mesti ada lebih dari satu sumber pendapatan.
  2. Hendaklah bekerja bersungguh-sungguh dalam tempoh 7 tahun pertama mencari pendapatan.
  3. Sebahagian besar pendapatan yang diperoleh itu hendaklah disimpan terlebih dahulu, yang berbaki itu baru dibelanjakan.

Dua manfaat yang diperoleh kepada sesiapa yang mengamalkannya ialah:

(1) Apabila pendapatan telah disimpan secukupnya dan bukan sekadar ada simpanan buat syarat. Maka apabila berlaku zaman susah  e.g. diberhentikan kerja, syarikat tidak ada projek, jualan bisnes merosot maka simpanan tadi dapat digunakan untuk menghadapi zaman ekonomi yang gawat tersebut.

(2) Selain itu, individu yang telah bersedia, bukan sahaja dapat menghadapi zaman susah tetapi dia juga dapat bertindak lebih pantas apabila ekonomi pulih semula kerana masih ada modal untuk melabur / berniaga semula ketika orang lain telah kehabisan modal. Ini kerana ketika orang yang mampu beli itu sedikit (short in demand) tetapi distressed asset itu banyak (abundance in supply), walaupun harganya murah, tetapi hanya mereka yang ada duit sahaja yang mampu membelinya seterusnya dapat meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.

“What the wise man does in the beginning, the fool does in the end.” – Old proverb.

Maka beruntunglah mereka yang bersusah-susah dahulu atau berbuat-buat miskin terlebih dahulu pada zaman senang. Ini kerana pertahanan kewangan telah kukuh, kestabilan kewangan dapat dicapai seterusnya dapat mengembangkan harta dengan lebih banyak.

Antara contoh perbuatan buat-buat miskin ialah:

  • Beli kereta biasa-biasa dahulu walaupun mampu pakai kereta yang berharga 2,3x ganda yang lebih mahal.
  • Sewa rumah atau beli rumah yang kecil sahaja dulu walaupun sebenarnya mampu beli rumah lebih besar dan mahal.
  • Mengumpul harta kekayaan yang sebenar dan bukannya mengumpul simbol-simbol kemewahan.

“Ini lah kitab (al-Quran), tiada keraguan padanya  petunjuk bagi orang yang bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah: ayat 2)

Comments on this entry are closed.