3 Perkara Yang Waris Perlu Disegerakan Selepas Kematian Seseorang

sedz

Kita semua pasti mati.

Cuma siapa mati dahulu sahaja.

Jadi, apabila berlaku kematian, cepat-cepat buat perkara berikut:

  1. Uruskan jenazah si mati
  2. Selesaikan hutang si mati
  3. Urus pusaka si mati

Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah.

Anak-anak / waris terdekat merupakan orang utama yang patut menguruskan jenazah ibu bapa mereka. Jangan tahu kira harta yang ditinggalkan sahaja.

Selesaikan Hutang Bagi Pihak Si Mati

Ayat terpanjang di dalam Al-Quran merupakan ayat yang menerangkan tentang hutang. Ayat 282 surah al-Baqarah ini bermula dengan:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ada urusan hutang yang perlu diselesaikan pada tempoh masa tertentu, maka catatlah …

Ayat ini menunjukkan setiap hutang perlu dicatat. Kerana hutang bukan perkara main-main.

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W tidak mahu solatkan jenazah yang masih berhutang sehingga Sahabat bernama Abu Qatadah menjamin hutang tersebut.

Pernah didatangkan jenazah kepada Nabi saw untuk disolat, namun Baginda bersabda: “Solatlah untuk sahabat kalian. Sesungguhnya ia masih mempunyai hutang.”

Abu Qatadah lalu berkata, “Aku yang menjaminnya.”

Nabi saw bertanya lagi, “Dengan sempurna?”

Abu Qatadah menjawab, “Dengan sempurna.”

Dan hutang yang menjadi tanggungan jenazah itu adalah 18 atau 19 dirham.

(Hadis Sahih direkodkan oleh Imam Ibn Majah)

Justeru, pastikan orang yang rapat dengan kita khususnya pasangan tahu mengenai semua hutang-hutang kita. Siapa lagi yang dapat menguruskan hutang tersebut kalau bukan pasangan kita sendiri?

Maka sila pastikan catatan harta & hutang ini dibuat dengan baik dan sistematik.

Bayar hutang si mati dahulu sebelum bahagi harta.

Isteri Jarang Letak Suami Sebagai Penama

Kebanyakan isteri jarang sekali meletakkan nama suami sebagai penama harta mereka.

Antara sebabnya?

Tak mahu suami mereka berkahwin lagi. Atau dalam maksud sebenarnya, tidak percaya kepada suami.

Sedangkan masa bercinta berjanji mahu memetik bintang di langit. Berenang dalam lautan api. You jump, I jump. Di manakah bara api percintaan yang pernah berputik di hati satu ketika dahulu? Oh…

Perkara ini menyebabkan hutang piutang dan harta pusaka lambat diuruskan dengan baik. Ada isu harta sepencarian barangkali. Letak nama ibu bapa yang barangkali telah tua yang menyukarkan mereka turun naik pejabat tertentu untuk menuntut harta. Letak nama anak yang barangkali masih belum cukup umur untuk menguruskannya kelak.

Urusan Harta Pusaka

Seterusnya urusan harta pusaka.

Malangnya dalam masyarakat kita, harta pusaka ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

“Kubur arwah masih merah, sudah buka cerita tentang harta pusaka.”

Walhal, ketika itulah masa yang paling sesuai untuk berbincang kerana semua waris berkumpul pada satu tempat. Terus dapat berbincang dan capai kata sepakat. Nak berkumpul semula agak susah, nak tunggu raya baru ada semua waris, itupun kalau semua balik kampung. Akibatnya, tuntutan harta pusaka mengambil masa bertahun-tahun lamanya dan akhirnya dibiarkan beku di Amanah Raya tanpa ada sebarang tuntutan.

Islam & Harta

Islam sebenarnya menggalakkan umatnya menjadi harta & berharta.

Sebelum kita wujud lagi, bapa kita wajib membayar mas kahwin. Apabila kita lahir, sunat membayar sedekah ikut berat rambut, berdasarkan harga perak. Seterusnya melaksanakan ibadah aqiqah, 1 ekor sekiranya perempuan dan 2 ekor sekiranya lelaki. Malah, ketika kita mati kelak urusan hutang amatlah serius. Jika tidak masakan Nabi saw enggan solat jenazah yang masih berhutang.

Fahamilah, ilmu pengurusan kewangan ini penting bukan hanya ketika kita hidup tetapi juga digunakan selepas pemergian kita nanti.

Catat semua harta & hutang yang kita ada. Jika tidak ada cara yang sistematik, sila dapatkan cara-cara membuat penyata kewangan secara bersistematik menerusi link di bawah:

www.panduancashflow.com

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

7 comments… add one
  • kl-car-rental Apr 24, 2013

    alhamdulillah,..peringatan yg sgt berguna dan info yang berguna..persepsi masyarakat berkaitan pengurusan harta pusaka memang menjadi janggal bila di ceritakan setelah pihak si mati telah meninggal dunia,lagila kalau baru je meninggal..persepsi ni amat perlu di buang jauh2 sebab akan menyusahkan banyak pihak dan semestinya menyusahkan si mati..sehinggakan berlapis-lapis keturunan tak setel2 masalah pembahagian faraid hingga sampai satu tahap hampir mustahil untuk diselesaikan akibat melibatkan banyak pihak…lihatla berapa juta harta di amanah raya yang tak dituntut..astaghfirullah..moga2 kita semua dapat membetulkan keadaankembali…kalau nak lagi senang,semasa hayat dikandung badan ni,bahagila harta siap2 semoga kita dapat peroleh ketenangan bila kita meninggalkan dunia ni…insyaallah..

  • SUe Apr 24, 2013

    Bukan tak percaya kat suami. Cuma memastikan keperluan anak2 berterusan walaupun suami tersebut bersama org baru. Memanglah suami sayangkan anak-anak. Tapi suami mana yg tak sayangkan isteri kan. Hehee. Peace! 🙂

  • blog amir Aug 3, 2013

    setuju. mentaliti kita selalu macam tu. last2 amanah raya dpt yg jadi lebih complicated

  • rokiah Sep 20, 2014

    terima kasih atas perkongsian ini

  • mohamad Oct 23, 2015

    Malangnya dalam masyarakat kita, harta pusaka ini dianggap taboo untuk dibincangkan. “Kubur arwah masih merah, sudah buka cerita tentang harta pusaka.”
    dear pakdi; salah satu perkara yang menyebabkan hal ini taboo kerana:
    1. masa mak ayah masih hidup, anak2 lansung takda rasa bertanggungjawab nak balik jenguk, nak bantu mak ayah, nak bagi duit belanja, nak singgah jenguk kot mak ayah tu rindu ka, nak hidang nasi ka, nak tanya sakit demam ka etc…
    tapi !!!
    bila mak ayah meninggal dunia malam tadi, pagi ni anak2 yang tak guna tu dah mula audit setiap satu harta duit ringgit akaun bank itu ini yang arwah tinggal.
    walhal masa mak ayah sakit di wad di icu, dia dating jenguk pun tak, sentuh pun tak. dasar anak tak guna.

  • hafiz Jan 18, 2016

    Sy nak tnya 2soalan.
    1-Jika ada seorang anak telah berhutang dengan arwah ibu beliau,mcm mana cara nak selesaikan hutang tersebut?
    2-Kalau wajib membayar, hendak bayar pada siapa?

Leave a Comment