3 Perkara Asas Halal Haram Yang Mesti Anda Tahu Mengenai Urusan Duit Seharian

tranz

3 perkara asas yang mesti kita jauhi dalam urusan duit.

  1. Riba
  2. Judi
  3. Keraguan melampau (Gharar)

Maksudnya, urusan duit kita dapat jadi haram sekiranya kita berlaku salah satu atau kombinasi perkara-perkara tersebut.

  • Barangkali urusniaga tersebut telus, namun melibatkan transaksi riba.
  • Mungkin kelihatan dapat untung besar dalam waktu yang singkat, rupanya ia judi.
  • Ia tidak melibatkan barang ribawi, tetapi banyak maklumat urusniaga asas yang disorokkan penjual, maka jatuh gharar.

Alhamdulillah artikel saya mengenai prinsip-prinsip asas Shariah ini telah pun disiapkan dalam MajalahNiaga.com.

Artikel pertama; Kenapa Memilih Menjadi Kaya Dengan Jalan Riba adalah satu pengenalan kepada kita semua betapa pentingnya kita mencari harta dengan cara yang halal dan bagaimana Islam menjadi cara hidup yang sangat mudah dalam urusan bisnes.

Kedua; kita semua dapat mempelajari riba berkaitan pertukaran atau jual beli barang ribawi (riba buyu’) yang ramai belum tahu, kerana kita hanya didedahkan dengan ilmu berkaitan riba hutang piutang (riba duyun) yang diamalkan di bank-bank konvensional. Perkara ini kita dedahkan menerusi artikel Riba Disebalik Pembelian Emas.

Ketiga; setelah menerangkan perkara-perkara asas mengenai riba pertukaran barang ribawi, maka kita bersama-sama melihat aplikasi riba tersebut dalam dunia moden hari in bermula dengan isu matawang dan pembelian emas & perak. Kita perlu maklum urusniaga tidak pasti (gharar) dan riba adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya gharar sahaja tiada tetapi riba masih berlaku ia tetap haram. Itulah intipati dalam artikel Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah.

Keempat; isu pelaburan forex dan numismatik disentuh dalam artikel berikut Saya Cuma Beli Wang – Macam Mana Boleh Jadi Riba? Kita terus sama-sama lihat aplikasi riba dalam dunia moden hari ini.

Kelima; selain riba sebarang urusniaga mesti bebas dari unsur perjudian dan kita perlu tahu ada garisan halus yang membezakan antara judi dan aktiviti spekulasi. Isu menarik ini kita dapat baca menerusi artikel Berjudilah, Pasti Kita Miskin.

Keenam; perkara besar yang terakhir untuk kita sama-sama jauhi adalah urusniaga yang tidak pasti (gharar). Sedar tidak sedar ramai dari kita terlibat dengan urusniaga gharar kerana hanya memikirkan mengenai untung sahaja tanpa memikirkan halal haram. Ingat, Orang Tamak Pasti Kena Tipu.

Selamat membaca!

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.