3 Penyakit Kewangan Yang Wajib Diubati & Dicegah

sty

Setiap orang ada situasi dan keperluan kewangan yang berbeza-beza.

Malah suami isteri sekalipun walaupun tidur sama bantal tetapi mempunyai situasi kewangan yang berlainan.

Maka apa yang perlu dibuat ialah duduk dan mula kumpul maklumat-maklumat kewangan. Bermula dari slip gaji kemudiannya senarai perbelanjaan bulanan disusuli pula dengan senarai harta-harta dan hutang piutang. Selepas itu buat kiraan.

Selepas melakukan sedemikian, barulah terjumpa ‘penyakit’ kewangan tertentu. Setiap penyakit ubatnya berbeza-beza. Mana boleh telan Panadol sahaja setiap kali sakit.

Buat catatan kewangan dengan mudah dan bersistematik. Sila dapatkan Tutorial Panduan Cashflow untuk mula membuat catatan kewangan sendiri. Untuk info lanjut, sila ke www.panduancashflow.com

Selepas dah buat ada catatan kewangan sedemikian, selalunya akan jumpa 3 jenis penyakit yang berkaitan.

1. Sakit Kurang Pendapatan

Pendapatan pun kurang.

Hutang kurang.

Bagaimana nak tahu? Senarai hutangnya tidak banyak dan tidak besar. Harta pun tidak banyak.  Tapi masih cashflow negatif juga setiap bulan.

Ubatnya; individu seperti ini perlu mempunyai lebih dari 1 sumber pendapatan. Apa yang dimaksudkan dengan sumber pendapatan tambahan ini ialah bukan mempunyai 2 kerja, tetapi mempunyai pendapatan dari gaji, perniagaan dan pelaburan.

Apakah Tuan Telah Mempunyai 3 Jenis Pendapatan ?

2. Sakit Lebih Hutang

Pendapatan banyak.

Hutangnya pun banyak juga.

Besar periuk, besarlah keraknya. Begitulah. Walapun mempunyai pendapatan yang besar, tetapi situasi aliran tunai masih negatif. Maka sudah tentu kena menguruskan duit gaji dengan lebih baik. Apalah guna pendapatan yang banyak sekiranya sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang piutang di sekeliling pinggang.

Ubatnya; individu seperti ini perlu mengurus hutang dengan lebih baik. Perbelanjaan perlu disusun semula berdasarkan keperluan, kehendak dan kemewahan.

Bagaimana Nak Selesaikan Hutang

3. Sakit Harta Tunai Sahaja Yang Ada

Pendapatan banyak.

Hutang tidak banyak tetapi terlalu banyak duit tunai.

Ya, ini juga adalah penyakit. Apabila tengok senarai hartanya cuma terdiri dari duit tunai sahaja. Sedangkan duit tunai ini akan kehilangan kuasa membeli. RM 100 ribu hari ini tidak sama dengan RM 100 ribu pada 10 tahun lepas.

Ubatnya; dia perlu mula melabur. Melaburlah dengan sasaran sekurang-kurangnya tuan mendapat untung lebih dari inflasi. Mudahan-mudahan tuan dapat mengekalkan gaya hidup yang diimpikan.

6 Langkah Memulakan Pelaburan Dengan Bijak & Bersistematik

Sakit Hybrid

Ada juga yang begini.

Mempunyai simptom penyakit yang bercampur antara satu dengan yang lain.
.

Penyakit kewangan mesti dielakkan.

Sebaiknya semasa senang kena sentiasa ingat masa susah. Masa ekonomi tengah baik, simpan dulu selebihnya baru makan. InsyaAllah, amalan semudah itu dapat mencegah pelbagai penyakit. Situasi sebegini bukannya berlaku sekelip mata macam (1) ada duit (2) blackout (3) duit hilang. Ho ho ho.

Malangnya ramai tunggu dah sakit baru nak berubat.

Mencegah Penyakit Itu Lebih Utama Dari Merawat

Elak masalah kewangan adalah lebih mudah dari mengubati masalah kewangan.

Mulakan dengan membezakan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup. Seterusnya, ketahui apakah itu kekayaan yang sebenar dan apakah simbol kekayaan yang palsu. Jangan ikut gaya hidup orang lain sahaja.

  • Dia pakai kereta baru berkilat. (Hutang kereta tu berapa lama?)
  • Rumah dia besar.  (Berapa bayar hutang rumah sebulan?)
  • Kad kredit platinum. (Berapa baki hutang kad kredit dia?)
  • Beg tangan Prada. (Beli tunai ke hutang tu?)
  • Majlis birthday anak pun grand. (Hutang lagi?)

Elakkan mengumpul simbol-simbol kemewahan. Beban. Apatah lagi jika kesemunya dibeli dengan cara berhutang. Simbol-simbol kemewahan, yang juga merupakan kos gaya hidup ini jika dibayar tunai OK. Namun, jika kesemuanya dibayar dengan hutang, maka tindakan itu menjadi KO.

  • Berhenti melihat gaya hidup orang lain.
  • Jangan ikut gaya hidup orang lain.
  • Jika mereka memilih gaya hidup berhutang, biarlah.

Pastikan kos sara hidup cuma 80% dari gaji kita. Orang lain nak hidup dengan gaya hidup 120% dari gaji itu dia punya pasal. Biarlah kita nampak miskin, dilihat miskin, dianggap miskin.

Yang penting, kita masih dapat bayar zakat, dan jumlahnya berkembang setiap tahun. Bukan hutang yang berkembang.

Fokus Apa Yang Kita Dapat Kawal

Terima kenyataan.

Banyak perkara yang kita tak tak dapat kawal.

  • Kita tak dapat tentukan berapa gaji kita mahu sekiranya kita hanya seorang pekerja.
  • Harga rumah
  • Harga kereta
  • Kadar inflasi
  • Agihan pendapatan ASB, TH & KWSP
  • Harga saham, unit trust, emas, perak, CPO dan ringgit Malaysia
  • Kadar pembiayaan di bank
  • Kos perubatan naik
  • Dan macam-macam lagi

Walaupun banyak perkara yang kita tidak dapat kawal dalam dunia ini, tapi masih ada perkara yang berada dalam kawalan kita. Iaitu …

#1 Kita dapat kawal perbelanjaan

Beli perkara yang perlu sahaja.

Kurangkan beli perkara yang kita mahu. Hati-hati pembelian ikut nafsu.

Kalau malas nak kawal perbelanjaan, buat #2.

#2 Kita dapat tentukan berapa pendapatan sampingan kita

Jangan bergantung dengan 1 pendapatan sahaja.

Tambah pendapatan dengan berniaga. Ubah gaji jadi harta yang dapat menjana pendapatan pasif dari pelaburan.

Kalau malas, buat #1.

Mesti Ikat Perut Ketika Belum Terbeban Hutang

Kita memang kena lalui masa ikat perut.

Jika tidak secara sukarela memilih untuk ikat perut, pada 7 tahun pertama, maka kita pasti terpaksa ikat perut pada masa lain, paksa rela.

Itu prosesnya.

Tidak dapat skip.

Masa kita kaya. Ikat perut. Iaitu ketika masih bujang. Waktu gaji pertama. Jika dapat gaji RM 3,000, ikat perut. Hidup dengan gaya hidup RM 2,700. Jika dapat hidup dengan gaya RM 2,000 lagi bagus. Kemudian naik gaji jadi RM 3,300. Tetap ikat perut. Kekalkan dengan gaya hidup RM 2,700.

Naik gaji lagi. Kekalkan ikat perut. Nak gaji lagi dan lagi. Ikat perut ikat dan terus ikat.

7 tahun pertama.

Taknak ikat perut secara sukarela ?

Nak skip proses ?

Boleh. Tapi apa yang berlaku bukan tuan skip, tetapi proses tersebut cuma tuan tangguhkan pada masa lain. Maka, bersedialah untuk ikat perut di masa hadapan. Pada waktu itu komitmen tuan telah pun banyak …

Bila Dah Sakit, Berubat Ambil Masa

Apabila sudah mencipta gaya hidup sendiri.

Dan jatuh sakit, maka kena ubah gaya hidup.

Ramai tidak suka perkataan UBAH GAYA HIDUP. Namun jika cashflow sudah negatif, apa lagi pilihan yang ada ? Apa-apa pun mesti cashflow positif setiap bulan supaya hati tenang setiap bulan, walaupun berhutang.

Ini kerana bergaji RM 10,000 sekalipun tidak semestinya berharta, sekiranya duit keluar sentiasa lebih banyak dari duit masuk. Sudah biasa dengan gaya hidup RM 10,000 tiba-tiba dinasihati supaya …

1) Ubat Potong Perbelanjaan

Pilihan ini bermaksud tuan mengurangkan keselesaan tertentu seperti:

  • Tidak lagi melanggan Astro, atau,
  • Tidak pergi bercuti di di luar negara, atau,
  • Tidak lagi makan di restoran mewah, atau,
  • Tidak lagi bershopping online, atau
  • Tidak membeli perabot & barang elektrik baru…. lebih-lebih lagi dengan berhutang,

Dan macam-macam lagi tindakan potong itu dan ini.

Sudah biasa senang dengan gaya hidup sebegitu, tiba-tiba diminta tambah pendapatan supaya dapat cashflow positif tiap bulan…

2) Ubat Tambah Pendapatan

Pilihan ini bermaksud tuan memilih untuk kurang tidur, ‘diet’ makan tengah hari dan tidak lagi hidup untuk enjoy.

Kerana masa tuan kini telah digunakan untuk perkara berikut:

  • Waktu malam untuk menguruskan pesanan pelanggan dari bisnes part-time
  • Waktu lunch untuk appointment dengan pelanggan
  • Masa hujung minggu mencari stok perniagaan.

Tidak ada istilah bersenang-senang, baring atas katil empuk dan berjalan permaidani merah.

Apabila terpaksa, selalunya ia lebih menyakitkan berbanding memilih untuk mengawal kos gaya hidup sejak awal lagi. Maka benarlah kata-kata Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) – Ingatlah masa tengah kaya (berduit) sebelum masa miskin (sudah kurang banyak duitnya).
.

Mula urus duit gaji dan urus hutang dengan bijak sekarang juga.

Sekiranya bukan diri sendiri yang uruskannya, mahu suruh siapa pula ? Setiap dari kita bertanggungjawab dengan duit gaji yang dapat setiap bulan, ke mana ia habis dibelanjakan.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

6 comments… add one
  • fadhil May 21, 2013

    saya setuju dengan pendapat pakdi..
    ayat last sekali lagi bermakna…black out-duit hilang…
    kalau blackout duit bertambah kan lagi bagus..

  • omar May 21, 2013

    sakit hybrid tu 3 serangkai namanye..nauzubillah..

  • zam May 21, 2013

    blackout duit masuk???? hahahahaha

  • Acik fosilmitra May 21, 2013

    “Sebab itu bila masa senang kena sentiasa ingat masa susah”… setuju dgn statement ini.. masa dpt duit byk cth bonus masa tuelah berlumba² nak beli kereta (bagi yg dah ada keta, yg mmg belum ada tue takpe jugaklah).. berlumba² nak pakai smartphone S4 walhal SIII baru beli… berlari² nak beli sofa baru (maklumlah raya dah dkt walaupun puasa lum lagik start) dan pelbagai lagi perangai yg sebenarnyer acik pun sama jugak sebelum nie berperangai begitu.. hehehe..

    So, lepas nie nak tobat dari buat semua tue.. lebihan duit yg ada kalau boleh kita simpan terus atau buat pelaburan unit trust…

  • titan May 29, 2013

    haha. setuju gak nih.

  • mohammad Nov 23, 2016

    terima kasih atas perkongsian tuan…

Leave a Comment