3 Langkah Simpan Duit Anak

Seronok.

Apabila bersalam dengan tuan ramah ada ‘angpau’ raya.

Itulah pengalaman lebih 20 tahun lepas. Menziarah rumah orang. Makan kuih sikit. Minum air sikit.

“Jom balik…”

Tangan dihulur. Orang beri takkan nak tolak kan. He he he.

Barangkali kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira ketika musim hari raya kerana adanya budaya memberi duit raya dalam masyarakat kita kepada mereka. Justeru, sebagai ibu bapa kita mesti mengajar anak-anak kita menyimpan sebahagian besar duit raya yang mereka dapat untuk kebaikan mereka apabila usia mencecah 18 tahun nanti. Sekurang-kurangnya kita telah menyediakan tabung pendidikan.

Sekiranya kita memperuntukkan setiap bulan RM 50 seorang untuk anak-anak kita sebagai simpanan mereka dalam produk kewangan yang memberikan pulangan 6% setahun, maka 18 tahun nanti jumlah simpanan bakal menjadi RM 19,656. Ini belum kita campur dengan “bonus tahunan” yang mereka dapat setiap hari raya.

Iklan Raya – Merdeka 2011 Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini mempromosikan budaya yang baik di kalangan anak-anak kita dan juga ibu bapa yang merupakan pemegang amanah kepada semua anak kita.

Bermula dengan sekumpulan kanak-kanak berhari raya dan mendapat duit raya, mereka saling mengira duit raya sebelum salah seorang kanak-kanak menunjukkan jumlah duit dalam akaun simpanannya. Akhir sekali Adibah Noor menunjukkan dia mempunyai lebih banyak akaun simpanan dan ia mengujakan sekumpulan kanak-kanak yang berhari raya itu tadi.

Cara-cara memupuk budaya menyimpan harus bermula seawal mungkin.

1. Buka Akaun Simpanan Khas

Beberapa bulan.

Lepas anak kita lahir.

Bukalah akaun simpanan yang khusus macam akaun Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

2. Tetapkan jumlah simpanan

Simpan duit secara konsisten.

Walaupun sedikit.

Sekiranya RM 50 sebulan, selama 18 tahun dalam akaun yang memberikan pulangan konsisten 6% setahun dapat memberikan hampir RM 20,000. Maka jika kita menetapkan jumlah yang lebih besar sudah pasti jumlah akhirnya juga makin besar.

Pastikan pasangan kita tahu yang anak kita sudah mempunyai akaun simpanan sendiri untuk memudahkan urusan di kemudian hari.

3. Maklumkan Kepada Dengan Anak

Mulakan seawal mungkin.

Sejak dah pandai mengira dengan baik.

Kemudian pada usia remaja, kita dapat menerangkan tentang simpanan tersebut. Beritahu matlamat simpanan tersebut dan juga waktu mereka dapat menguruskan sendiri duit tersebut.

Ibu Bapa Memegang Amanah Anak

Duit raya yang diberikan kepada anak-anak kita adalah duit mereka.

Kita perlu memastikan kita menjaga amanah menyimpan tersebut sebaik mungkin.

Jika kita telah menunjukkan budaya menyimpan dari awal kepada anak-anak kita, insyaAllah kita telah mempersiapkan anak-anak dengan persekitaran kewangan yang lebih baik.

Zaman kita dahulu barangkali permainan kita adalah pistol buluh, tutup botol, bola yang pemainnya dibuat dari kotak kasut raya, murah. Tetapi zaman anak-anak kita permainannya adalah Wii, PSP, PS2 yang jauh lebih mahal dari permainan kita kecil-kecil dahulu.

Pastikan anak-anak kita tahu beza antara aset – liabiliti secepat mungkin.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

20 comments… add one
  • mila Sep 5, 2011

    Pakdi, saya ada lima orang anak bawah 7 tahun dan sokong penuh pendapat Pakdi. Duit Raya adalah duit amanah untuk kita menyimpan untuk mereka. Apa yang saya buat sekarang adalah duit syiling, lebihan belanja hari-hari saya suruh anak-anak simpan dalam tabung masing-masing . bila dah penuh saya bawa meraka ke bank utk masuk ASD. Skrg jumlah simpanan keseluruhan lebih kurang RM5k.
    Kepada suri rumah simpanlah duit berdikit-dikit

  • matjoe Sep 5, 2011

    saya taruk duit raya di akaun SSPN mereka

  • noriz Sep 5, 2011

    alhamdulillah, so far sya dah buka 3 akaun utk anak-anak…
    ASD, tabung haji dan takaful (plan 3 in 1)

    so here i need ur advise…
    apa lagi akaun yg perlu di tambah/buka dan boleh bagi pulangan lumayan serta patuh syariah?

    thanx Pakdi 🙂

    • Pakdi Sep 6, 2011

      Soalan pendek, jawapannya bergantung kepada situasi. Di sini saya cuma beri komen umum sahaja. Kalau mahu spesifik hubungi advisor[at]rancangwang.com

  • Alif Sep 5, 2011

    Salam,

    Sy dah pergi ke prospektus: http://www.asnb.com.my/ASNB_MP_2011_JD001269.pdf

    Di mana list kesemua kaunter saham mereka yg Shariah-compliant?

  • Alif Sep 5, 2011

    Ok. Dah jumpa: http://www.asnb.com.my/ASD_110823.pdf

    Sy akan check kat Bursa Malaysia ttg syariah compliant tu.

    Terima kasih Pakdi.

    • Pakdi Sep 6, 2011

      Ok 🙂

  • ijamidayu Sep 6, 2011

    THANKS TUAN PAKDI

    SIMPANAN ANAK2 MEMANG DAH SIMPAN SEJAK LAHIR DI TABUNG HAJI..

    KALO PINJAM MMG GANTI.. 🙂 BUKAN AMIK & LEBUH GITU JERK.. 🙂

  • edysyahrul Sep 6, 2011

    Wah, akhirnya ada juga produk patuh syariah daripada PNB.

    • Pakdi Sep 6, 2011

      Boleh tunggu pengumuman rasmi.

      • mohd Sep 9, 2011

        so, so dah ada ke belum yg patuh syariah ek? asb termasuk ke x? konfius2.. kena tunggu pengumuman ler..

  • Pakdi Sep 6, 2011

    Tahniah kepada Mila, Mat Joe, Ijam yang dah uruskan tabungan anak-anak.

  • wansaif Sep 6, 2011

    kalo pinjam duit anak, masa pulang balik kasik sket hibah….hehe
    kalu anak kata qardhul hassan…alhamdulillah 🙂

  • Amin007.Ledang Sep 11, 2011

    kalaulah duit raya tersebut kita boleh masuk terus dalam akaun dia orang hehehe.

    mungkin kena cipta kaedah baru bagi duit raya online.

    tak pun bagi buku…

  • Jundullah Osman Sep 19, 2011

    memang menarik iklan simpan duit raya baru ni. n klakar juga.

  • azreen Nov 10, 2011

    salam..so far until 3oth september 2011 list in sc still didnt mention pasal amanah saham didik as syariah compliant..so until betul2 confirm, i choose tabung haji for my daughter’s savings..

  • bob Aug 15, 2012

    Salam Pakdi.
    Apa hukum kalo kita pinjam duit raya anak, then tak terganti dek kerana masalah kewangan keluarga.
    kegunaan duit tu bukan utk beli ipad ke, galaxy ke.. etc. tapi guna utk topup duit barang2 dapur, duit susu, dypers dan seumpamanya.
    Memang ada niat nk ganti lebih, takut tak kesampaian. (tak sempat)
    boleh tolong bagi pandangan…

  • Malaysia coin Aug 22, 2012

    Kalau saya.., start simpan duit raya anak tu untuk beli emas dan perak sebab sekarang harganya boleh tahan juga, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

    • zak Dec 21, 2012

      Setuju! sekarang ni telah ada sykt bumiputera yang memberi peluang kita melabur emas & perak dan menyediakan pelbagai pilihan bagi memastikan kita semua mampu membelinya. Tanpa caj upah hantar terus rumah anda jimat kos minyak. Tak usah risau statusnya berdaftar denganSSM. Klu tak ambil peluang dan tiada tambahan gaji duit kita terima setiap bulan makinlah ciput..hari demi hari susut! nak yg mana simpan duit terus susut atau emas yang terus naik? 1 grm 1 bln pun cukuplah.. Ada soalan mcm mana klu gaji bulanan pun tak cukup?..ok dimaafkan tapi mcm na duit Klaim, BR1m, Bonus, Kenaikan Gaji Tahunan dll?… fikir-fikirkan..

  • nur syafiqah Dec 3, 2014

    Macam mana kalau duit raya kita mk pinjam lepastu kata nak ganti tak pun…dan lagi satu zakat anak dia dapat tapi mk ayah dia ambik …sila komen

Leave a Comment