15 Tips Membeli Rumah Pertama Anda

hom

Semua orang mahu rumah sendiri.

Namun awas, pastikan kita membelinya secara rasional.

Maklumlah pembelian rumah adalah pembelian yang paling besar dalam hidup bagi kebanyakan orang. Walaupun kita mahu rumah sendiri, tidak bermaksud kita perlu sampai bergolok gadai.

Tips # 1 Pastikan Ada Pendapatan Tetap

Orang yang mampu beli rumah tunai dapat dikira dengan jari.

Jadi, suka tidak suka kita perlu berhutang dengan bank sehingga 20-30 tahun. Kepada yang bekerja makan gaji, hal ini lebih mudah.

Kepada yang buat bisnes sendiri ini panduan asas:

  1. Daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Bukan akaun bank atas nama perniagaan tersebut.
  3. Pendapatan perniagaan dimasukkan dalam akaun tersebut.
  4. Pendapatan dari akaun peribadi sebagai dokumen sokongan (jika ada)
  5. Jika ada bayar EPF, cukai itu semua dapat dijadikan dokumen sokongan.

Kalau masih pelajar, suri rumah, penggangur terhormat tapi ada duit banyak dalam bank ?

Jika sekadar ada simpanan tetapi tidak ada bukti pendapatan yang betul, maka sukar untuk bermula. Sila mula dokumenkan sumber pendapatan dengan bersistematik.

Tips # 2 Kira Kelayakan Pembiayaan Rumah

Selepas kita mempunyai pendapatan tetap, kita mesti ukur baju di badan sendiri.

Bank kira kelayakan kita berdasar Debt Service Ratio (DSR). Sekitar 70% (bergantung bank). Lagi rendah DSR lagi senang nak dapat pembiayaan. Saya petik blog abangensem:

DSR = Jumlah semua instalment hutang-hutang korang / Jumlah income korang X 100%

Contoh : Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM400) + Hutang kad kredit (RM50) + Hutang ASB Loan (RM50) / Gaji Tetap + Part-time (RM5K) X 100% = 20% (masih di bawah DSR 65%)

TAPI KALAU

Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM1K) + Hutang kad kredit (RM1.5K) + Hutang personal loan (RM1K) / Income (RM5K) x 100% = 80% (> DSR 65%), elok korang lupakan je la hasrat korang nak tambah loan lagi melainkan :

Korang tambahkan income korang
Korang reducekan jumlah hutang korang tu

Tips # 3 Kalau Ada Pendapatan Sampingan Lagi Bagus

Elaun dari suami.
Dividen & bonus.
Pendapatan bisnes sampingan.

Pastikan kesemua pendapatan sampingan ini dibuktikan melalui akaun bank. Bukti yang paling kuat adalah rekod cukai pendapatan. Jadi, kita ada pilihan untuk membeli rumah yang lebih mahal yang berada di lokasi yang lebih baik.

Tips # 4 Pakai Kad Kredit

Sedih tapi benar.

Sila mohon kad kredit dari sekarang. Hanya untuk mula membina laporan kredit kita. Bukan gunakan kad tersebut untuk berhutang sesuka hati. Kita dapat menggunakan kad kredit tersebut untuk pembelian petrol dan kita langsaikan kesemua hutang tersebut pada setiap hujung bulan.

Bank lebih mudah beri pembiayaan kepada orang yang ada rekod berhutang dengan bank. Jadi, mula lah berhutang secara kecil-kecilan seperti menggunakan kad kredit. (sob… sob…)

Tips # 5 Mempunyai Simpanan Sehingga 20-30% Dari Harga Rumah

Bank hanya beri sehingga 90% dari harga rumah.

Jadi jika rumah yang kita mahu harganya RM 300,000 maka kita perlu bersedia mempunyai wang tunai sehingga RM 60,000. Jika duit simpanan tidak cukup, maka sebagai pencarum KWSP kita mempunyai pilihan untuk mengeluaran duit KWSP dalam akaun 2.

Tips # 6 Beli di Lokasi Yang Mempunyai Potensi Sewa Yang Baik

Ini rumah pertama kita.

Barangkali kita ada rezeki yang lebih murah (amin!) pada masa akan datang. Jadi, untuk pembelian rumah seterusnya kita telah mempunyai aset yang dapat kita sewa atau jual. Dan selalunya lokasi yang ada potensi sewa yang baik lebih mudah dijual. Ini semua sangat membantu kita membeli rumah yang lebih besar.

Tips # 7 Beli dari Pemaju Yang Berkredibiliti

Ya benar. Nama pemaju yang ada nama harga rumah mereka lebih mahal.

Namun itulah harga untuk menghilangkan pening kepala di kemudian hari. Masalah seperti rumah terbengkalai, kualiti rumah tak elok dan 1,001 satu masalah yang dapat timbul selepas rumah siap.

Untuk pembelian atas tangan orang lain atau pun subsale, pergi tengok dahulu rumah tersebut.  Pastikan kita berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut dan jika ada kerosakan berbincanglah secara baik dengan penjual.

Tips # 8 Ambil Tahu Kos Yang Mengiringi Pembelian Rumah

Trend semasa hari ini, pemaju banyak menawarkan kos guaman percuma, Memorandum Of Transfer (MOT) percuma dan ada yang nak bagi cash rebate lagi. Ketahuilah, tiada free lunch di dunia. Kos-kos dan pemberian itu sebenarnya dah masuk dalam harga rumah. Pemasangan elektrik, air, cukai tertunggak (jika ada) semua siapa uruskan?

Pengalaman saya beli rumah dapat kitchen cabinet percuma, material yang mereka guna tiada kualiti. Tercabut, terkopak.

Jadi pastikan mendapat penerangan yang penuh dari penjual. Kos-kos yang mereka tanggung dan kos yang kita perlu tanggung sendiri. Berkawan dengan peguam, pegawai bank atau ejen-ejen hartanah untuk hal begini.

Tips # 9 There is no such thing, mesti ambil peguam & bank panel sahaja

Perkara macam ini kita dapat bawa berunding. Proses jual beli mungkin jadi mudah, tapi adakah ianya berbaloi jika berlaku apa-apa di kemudian hari?

Kita nak senang selama 6 bulan atau kepentingan kita terjaga selama tempoh kita duduk rumah tu?

Tips # 10 Baca baca baca !

Baca semua surat tawaran & dokumen perjanjian.

Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca.

Cakap memang manis bak gula, tapi apa yang kita tandatangan itulah yang terpakai. Pastikan apa yang dijanjikan sama dengan apa yang ditulis dalam dokumen-dokumen.

Tips # 11 Negotiate negotiate negotiate!

Kalau tak puas hati, bincang.
Kalau rasa benda tu tiada, minta.

Macam kita bakal dapat bonus hujung tahun tapi duit simpanan, KWSP tak cukup nak bayar deposit. Bincang baik-baik.

Rate yang bank bagi tak best. Jangan terus tandatangan, bincang dulu.

Tips # 12 Sentiasa double-check

Betul ke rumah tu dia punya? Waktu jumpa ejen / penjual tu dia ada bawa dokumen tertentu macam salinan geran, salinan S&P, salinan cukai tanah?

Betul ke harga pasaran rumah tinggi macam yang dia sebut tu?

Betul ke freehold? Dan seterusnya.

Tips # 13 Harga rumah murah vs kualiti

Sekali imbas nak rumah murah. Hati dah seronok.

Tapi lepas dah tengok kawasan kejiranan, sekolah anak pun jauh. Masjid dan surau pun tiada. Rupanya kawasan situ selalu banjir pula.

Amacam? Murah atau kualiti, tepuk dada tanya selera.

Tips # 14 Lepas rumah dah siap, cek dulu kerosakan.

Sabar-sabar dulu sebelum buat renovation.

Pastikan rumah yang dah siap tu tiada bocor sana, crack situ, berlubang ini. Ikut undang-undang kita ada 24 bulan sebelum menerima rumah itu sepenuhnya dan seterusnya buat renovation.

Tips # 15 Kos renovasi

Pastikan kita juga bersedia secukupnya untuk kos-kos renovation.

Grill, dapur, peralatan dalam rumah. Mahu berhutang lagi?

Kongsi Pengalaman

Sekiranya tuan puan yang ada pengalaman membeli rumah pertama, sila kongsikan tips & pengalaman kalian di ruangan komen ya!

Nota ini ditulis oleh Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner dan pengarang 4 tajuk ebook, tutorial & nota online mengenai pengurusan duit gaji, hutang & pelaburan. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenainya.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

94 comments… add one
  • liza Sep 25, 2014

    Saya mahu beli rumah dengan harga rm110 tetapi saya rasa kecewa bila pihak bank bagi market value sangat rendah. Saya perlu top-up deposit pada owner hampir rm50k hanya sebuah rumah flat.. bila fikir mcm beli cash pulak…. gaji saya hanya rm1800 dan ada asb loan 50k.. nak cari rumah ok sikit tp loan ckp high commitment… mcm mana nak buat…

  • Afiq Mar 26, 2015

    Assalam

    Sy nak tanya, sy nak beli rumah harga 350k tp gaji sy layak 150k je. Saya kerja kerajaan dan belum berkahwin. Sebenarnya pendapatan sy lebih dari gaji yg saya dpt dr kerja kerajaan iaitu hasil pelaburan dr perniagaan rakan. cuma jika pihak bank lihat slip gaji dan statement bank mgkin xcukup utk meyakinkan pihak bank mgkin kerana ade commitment personal loan dan personal insurans. Sy ada rumah peninggalan arwah ayah atas nama sy berharga 150k yg dinilai oleh kerajaan negeri tapi tak mahu tinggal disitu. Kalau saya cagarkan geran rumah yg saya ada ni pada pihak bank, agak2 bank dapat terima tak?

    Sekian terima kasih..

  • faridneng Apr 9, 2015

    Assalamualaikum,

    Bolehkah saya dapatkan info sekiranya saya mahu membeli rumah di Malaysia tetapi kini bekerja diluar negara. Apakah dokumen atau perkara-perkara yang perlu diambil berat oleh saya?

    Terima kasih,

    Assalamualaikum.

    Faridneng

  • suzushizuku Apr 22, 2015

    Assalamualaikum semua

    Saya nak tanya, sbg rakyat malaysia n bekerja di luar negara dan mahu membeli hartanah di malaysia, tiada rekod loan di mana2 bank di malaysia..

    Apakah senang nak dapatkan loan perumahan?Masih buntu dengan protokol dan urusan bank malaysia

    Any advices are welcome.
    Terima kasih.

  • syah May 4, 2015

    assalam semua..saya ingin bertanya.. Sy sdg membeli rumah subsale berstatus master title yg mana prosesnya telah memakan masa hampir 9 bln start bermulanya sign perjanjian s&p..1st disburse kpd bank pinjaman owner telah dilakukan pd 23/2/15.. Sekarang masih menunggu 2nd disburse kepada owner..Dgn 1st disbursmnt itu, sy sudah diarah utk mmbayar montly installmnt kepada pinjaman bank saya sehinga sekarang.. pada masa yg sama sy menyewa rumah tersebut dgn owner selagi mana 2nd disburse tdk diterima oleh owner.. Deed of asignment sudah di setem duti.. Selain itu, rumah ini mempunyai tunggakan cukai tanah/pintu/maintanance.. saya tidak lagi mahu membayar sewa umah kerana sudah 2 bulan saya membayar monthly installmnt bank dan sewa umah serentak. Perkara ini membebankan saya.. Soalan saya ialah

    -Sekiranya sy tidak mahu membayar sewa umah, adakah owner akan boleh bertindak utk tidak menyelesaikan tunggakan rumah ini?

    -memandangkn sy enggan membayar sewa umh pd bulan berikut dan owner tidak mahu menyelesaikan tungakkan, bolehkah peguam saya menahan sebahagian wang milik owner drpd 2nd disburse tersebut utk menyelesaikan tunggakan walaupun tanpa persetujuan owner.?

    – Memandangkan urusan jual sudah memakan masa yg lama iaitu hampir 9 bln, bolehkah owner mengenakan penalti late payment memandang dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya yg tidak mahu membayar sewa umah pada bulan berikut.? Adakah deed of asignment sudah memadai untuk mempertahankan hak saya utk tdk dikenakan penalti, memandangkan pindah milik sudah bertukar mnjadi milik saya setelah deed of asignment sudah di setem duti..

    pencerahann amat sngtt diperlukan

    • isaac Jun 9, 2015

      Tarikh pindah milik dah lepas?
      Dah xperlu byr sewa kot klau dah lepas.

  • azan Jul 28, 2015

    Salam Sejahtera,

    Saya ingin bertanya kalau dah ada rekod untuk monthly installment untuk pinjaman personal loan kena apply kad kredit juga ke untuk bank nak tengok history pembayaran?

  • lalina Aug 7, 2015

    sekadar untuk berkongsi rahsia dapat settle loan kereta dan rumah dalam masa 5 tahun .

  • lalina Aug 7, 2015

    assalammualaikum..sekadar untuk berkongsi rahsia dan tip bagaimana saya dpt melangsaikan loan kereta dan rumah dalam masa 10 tahun sahaja (5 tahun untuk kereta dan 5 tahun untuk rumah (total RM200K), dengan gaji dlm RM3K ++/sebulan … sentiasa pastikan hidup di bawah aras kemampuan . banyakkan bersedekah dan jangan lupa berbakti pada ibu bapa kita. berbuat baik kepada setiap makhluk Allah samada manusia , haiwan spt kucing, semut ,lipan ke..apa apa la.., dan juga alam sekitar kita.. Ingat Allah di saat kita senang atau susah nescaya Allah juga akan ingat kita di setiap waktu dan ketika .Saya ibu tunggal 3 anak , tanpa bantuan dari ex hubby , hanya mengharapkan keredhaan Allah semata mata. Gaji bulanan di asingkan mengikut belanja harian, mingguan , bulanan dan tahunan ..(dari sekecil kecil budget hinggalah yang sebesar besar budget – spt harian – duit poket, toll – mingguan – duit dapur , bulanan – utilities , tahunan – cukai pintu/tanah , duit raya ) InsyaAllah – kita akan nampak hasilnya..

    • Muna Feb 23, 2016

      Pn..boleh share cara pn settle hutang pn dalam masa 10 tahun..ingin belajar dr pn..

    • cikbungaaziz Mar 21, 2016

      Hai awak.. sangat2 nak tahu cmna awak manage dengan lebih detail..
      Pliss harap awak boleh ajar.
      Saya baru 22 tahun tapi sangat2 nak tahu cmna nak manage life dengan lebih detail. Harap sis dapat bantu saya.. Kalau boleh sis bg nama fb.. senang nak pm sume. hehe

  • Ajip Sep 8, 2015

    Salam pak di..saya cuma mampu beli apartment murah berharga bawah rm50k tahun lepas di damansara..tapi sy ada juga membaca dan mendpt ilmu pakdi di samping ilmu2 dari org lain juga..saya berhasil kumpulkn duit cash untuk rumah tersebut..walaupun xsemahal mana..saya akan teruskn usaha2 untuk lebih berjaya bersandarkn ilmu2 yg sy dpt.
    Terima kasih diatas ilmu yg dicurahkan.

  • Nor Nov 17, 2015

    As salam tn…mohon beri panduan cara beli rumah subsale. Sye berniat beli rumah kawan yg mmng terdesak nk jual.. ia jual 60k..mv 95k..ade bal hutang bank 14 thn lgi dgn bulanan $460.. dr percakapan kwn tersebut…byr 60k…bulanan sye sambung bayar…bolekh begitu tn? Jike tidak boleh,apekh yg spatutnya sye buat agar sye dpt beli rumah tersebut

    Jasa baik tn amat sye hargai..Terima kasih

  • diana Nov 23, 2015

    Salam kenal.. tips nya bagus dan bisa jadi panduan sebelum membeli rumah .. makasih

  • khalis Apr 15, 2016

    assalam pak di..
    nak minta pendapat memgenai pembelian rumah…bagus x kita beli rumah pertama dibawah skim yg kerajaan anjurkan?contoh seperti pr1ma,ppa1m & sebagainya…adakah rumah anjuran kerajaan begini tidak sesuai utk dibuat aset kerana tertakhluk dgn syarat seperti lepas 10thun bru boleh jual & tidak boleh disewakan??…harap pak di dpt share pndapat pakdi supaya sy tidak tersilap langkah . terima kasih pakdi…assalamualaikum

Leave a Comment