15 Idea Bisnes Offline Yang Simple

nasi lemak

Cara buat duit dalam bisnes yang paling mudah adalah menyelesaikan masalah orang lain.

Sebab manusia ini sifatnya dah terantuk baru tengadah.

Bersenam adalah percuma. Tapi ramai yang tidak mahu bersenam semasa sihat. Sebab itu doktor kebiasaannya golongan yang kaya raya. Manusia sanggup berhabis ribuan ringgit untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Cuba fikirkan apa masalah yang kita hadapi setiap hari atau setiap bulan. Dan bayangkan kalau ada penyelesaian kepada masalah tersebut.

Contoh :

“Jauhnya nak keluar cari makan tengah hari macam ni. Tak ada ke orang jual nasi berlauk yang dekat kawasan sini?”

“Jalan jem la waktu nak balik dari pejabat. Kesian kat anak aku selalu sangat ambil lewat. Kalau ada orang tolong ambil kan dia dari sekolah kan bagus.”

“Panas-panas ni kalau ada jual cendol sedap juga.”

Mungkin dialog diatas pernah kita dengar dan mungkin pernah terkeluar dari mulut kita. Masalah yang dihadapi oleh orang ramai sebenarnya adalah peluang bisnes kepada kita. Fikirkan solution kepada masalah tersebut dan pasti bisnes anda akan mendapat sambutan.

15 Idea Bisnes Offline 

1. Gerai makan

Manusia di Malaysia kuat makan.

Sarapan & minum pagi. Pagi selalunya di setiap kawasan perumahan pasti ada gerai yang menjual nasi lemak dah kuih muih.

Makan tengah hari. Tengah hari pula orang suka cari nasi putih berlauk dan ulam-ulaman.

Minum petang. Petang pula kebiasaannya orang cari makanan seperti goreng pisang, cakoi, keropok lekor, laksa, dan sebagainya.

Makan malam  & supper lewat malam. Makananan bergoreng, burger, malah nasi lemak pun ada!

2. Kedai dobi

Orang sekarang sibuk 24 jam.

Mesin basuh di rumah beli yang automatik boleh muat sampai 10 kg. Tapi tak sempat juga membasuh sendiri. Ramai memlih hantar ke dobi. Basuh, siap lipat & diseterika. Janji siap dan kemas. Kalau servis mantap, seorang pelanggan boleh setia dengan kita sampai bertahun-tahun. Setakat RM2.50 sekilo tak ada masalah orang nak bayar.

3. Kedai alat tulis & fotostat

Ada kedai fotostat yang caj 20 sen sekeping.

Mahal betul.

Dengan nada tak puas hati, “Baik aku cari kedai lain, mahal cekik darah”. Setelah berpusing 10 minit kawasan berdekatan, ternyata memang tak ada kedai alat tulis dan fotostat di kawasan tersebut. Nak pergi kedai yang 5 sen tu jauh pula. Pergi balik sahaja dah setengah jam. Akhirnya terpaksa fotostat juga di kedai yang mahal tadi.

4. Kedai kunci

Bisnes yang yang tak popular.

Tapi cuba tengok kedai kunci di kawasan kita. Eh, rasa 10 tahun dulu kedai kunci tu juga yang berniaga kat sini.

5. Booth gambar

Walaupun ramai orang dah mampu beli kamera sendiri.

Tapi siapa di sini yang ada layar biru di rumah untuk urusan passport, JPJ dan kad pengenalan. Berapa ramai pula ada printer gambar sendiri untuk cetak gambar yang berunsur sentimental?

6. Kedai runcit

Walaupun pasar raya besar seperti Giant, Tesco & Carrefour ada di kawasan berdekatan.

Tapi kedai runcit yang kecil ini masih hidup.

Kenapa kedai runcit kecil-kecil ini masih wujud walaupun ada pasar raya besar yang lebih murah? Jawapannya adalah opportunity cost. Kita secara tak sedar sudah mengira, setakat nak beli minyak masak sekampit tak berbaloi sampai nak ke pasar raya. Lain lah nak berbelanja buat kenduri.

7. Kedai barangan basah khusus menjual ikan, daging, ayam, sayur & buah

Konsep yang sama seperti kedai runcit tetapi fokus menjual barang tertentu sahaja.

Kalau jual daging misalnya, kita menyediakan pelbagai jenis daging yang tidak dijual di tempat lain. Kalau buah sahaja, pelbagai jenis buah.

8. Tadika/ taska/ pusat asuhan

Kalau tiada sambutan, maka sudah pasti kita tak dengar nama seperti Little Caliph, Brainy Bunch & Genius Aulad (sekadar menyebut beberapa nama).

Zaman hari ini berbeza tak macam zaman dulu. Suami isteri bekerja. Seawal usia 3 tahun anak kita mesti dah tahu membaca. Kalau servis tip top, ibu bapa tidak teragak-agak untuk menghantar kesemua anak mereka di tempat kita. Dari abang sulung hingga adik bongsu anak yang ketujuh pun masih hantar disitu.

9. Pengangkutan – bas sekolah/ teksi/ transit

Bas sekolah dan teksi memang perniagaan pengangkutan yang sentiasa ada permintaan.

Sekarang dah ada satu trend baru.

Bisnes pengangkutan ke tempat transit anak-anak. Ambil anak-anak dari sekolah, bawa ke suatu tempat untuk mandi, solat, makan dan kemudian dihantar semula ke sekolah agama petang. Ada juga yang buat seperti “pemandu peribadi”. Contohnya, pemandu ini akan hantar dan ambil anak dari sekolah, kemudian bawa balik rumah, hantar pula ke sekolah agama, ambil dari sekolah agama untuk hantar ke rumah. Kalau ada tuisyen, ambil dan hantar anak ini ke pusat tuisyen.

10. Kedai mamak

Tahukah anda kita tak perlu jadi mamak untuk buka kedai mamak?

Yang penting pekerja kita nampak muka mamak.

11. Car wash

Kereta dah mahal.

Takkan nak biarkan kotor?

Nak basuh sendiri tidak punya masa.

Cuba perhatikan sendiri tempat basuh kereta di kawasan perumahan kita. Kalau tiada, kitalah yang buat!

12. Bengkel kereta / motorsikal

Di mana ada kawasan perumahan yang besar, di situlah ada banyak kereta & motorsikal.

Bila sudah ada kenderaan, sudah pasti ada kerosakan berlaku.

13. Klinik & Farmasi

Walaupun kita ada hospital & klinik percuma tapi masih ramai yang sanggup bayar lebih untuk cepat dapat rawatan.

Para doktor yang kaki bisnes sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang ini.

14. Kedai Hardware

Kebiasaannya didominasi kaum lain.

Memang kedai wajib ada di kawasan perumahan. Kalau tak ada, memang pelik.

15. Kelas Tuisyen

Zaman sekarang dah jadi kebiasaan ibu bapa hantar anak mereka ke pusat tuisyen.

Cikgu pun dah boleh jana pendapatan tambahan dengan mengajar secara part tuisyen secara part time. Malah tak perlu jadi cikgu pun kalau nak buka kelas tuisyen,

Bisnes Yang Sentiasa Ada di Kawasan Perumahan

15 bisnes yang disebutkan di atas semuanya adalah bisnes yang biasa kita nampak di kawasan perumahan.

Malah ada di antara bisnes ini tak perlu kita sewa kedai pun untuk bermula. Kita dapat bermula di rumah. Jika kita punya banyak modal & tidak punya masa, barangkali kita dapat menjadi pelabur kepada peniaga yang memerlukan.

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

8 comments… add one
  • beruang miskin Jan 29, 2013

    Saya suka sangat dengan perniagaan No.10..tu…wuahahahahahahaha tak semesti nya kannnnnnnnnnnn

  • Wan_PMD Jan 29, 2013

    Info yang menarik Pakdi..

  • Zulhilmi Zainudin Jan 30, 2013

    Selagi ianya mampu membantu orang lain, buat sahaja. 🙂

  • Nor Mar 28, 2014

    kedai kunci bagus, tapi org melayu tkde kepakaran tu, didominasi kaum lain

  • Balamurugan Mar 17, 2015

    Nak mulakan perniagaan fotostat.bagaimana hendak mulanya?

  • noor Mar 22, 2015

    saya nk buka kelas tuisyen lah

  • Sani Oct 16, 2015

    Kena kumpul modal sikit dahulu barulah boleh mulakan bisnes offline ni…. Kalau boleh nak mulakan yang bermodal sedikit dahulu..

  • Keladi Dec 14, 2015

    Idea ada…tapi tulah kn…nak buat…tak tau…mcm ne nk mula..

Leave a Comment