10 Fakta Menarik Mengenai Walmart

4 orang billionaires di dunia ini adalah dari keluarga Sam Walton, pengasas Walmart.

USD 107.3 bilion nilai kekayaan anak beranak Sam Walton ini adalah berdasarkan pegangan saham mereka di dalam syarikat berkenaan. Keluarga Walton ini memegang 48% saham di dalam syarikat tersebut.

walmart_0

10 Fakta Menarik Mengenai Walmart

1. Merupakan rangkaian pasar raya terbesar di Amerika dan di dunia.

2. Ditubuhkan oleh Sam Walton pada tahun 1962, iaitu kira-kira 41 tahun yang lepas. Sam Walton merupakan bekas pekerja di J.C. Penney ketika itu.

3. Nama outlet pertama mereka adalah Walton’s Five & Dime yang terletak di Bentonville, Arkansas yang kini menjadi Walmart Visitor’s Center.

4. Motto bisnes Walmart: The Lowest Prices Anytime, Anywhere. Seterusnya memilih bisnes model yang rendah profit margin dan tinggi volume.

5. IPO Walmart diterbitkan pada 1970, jual beli saham pertama adalah $16.70 dan hari ini harganya sekitar $70 sesaham.

6. Mencapai jualan tahunan sebanyak $1 bilion pada 1980.

7. Merupakan syarikat ketiga terbesar di dunia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Fortune Global 500 pada tahun 2012 dengan jualan tahunan berjumlah $446 billion.

8. Mempunyai pekerja seramai 2.2 juta di seluruh dunia dan merupakan syarikat yang mempunyai paling ramai kakitangan di dunia.

9. Mempunyai 8,500 pasar raya di seluruh dunia dengan menggunakan 55 nama yang berlainan. Di Mexico menggunakan nama Walmex, di UK sebagai Asda, di Jepun sebagai Seiyu dan di India sebagai Best Price.

10. Faktor besar kejayaan Walmart adalah kerana harga yang ditawarkan oleh pasaraya besar ini adalah sangat murah, outlet mereka di merata-rata tempat dan  segala barang keperluan dari hujung rambut ke hujung kaki, ada dijual di sana di bawah satu bumbung.

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

3 comments… add one

Leave a Comment