10 Fakta Menarik Mengenai Subway

Subway, sebuah syarikat makanan segera berkonsepkan sandwich, dinobatkan sebagai the fastest growing franchise dan merupakan restoran makanan segera terbesar di dunia dengan 37,881 buah restoran di 98 buah negara di seluruh dunia.

subway

10 Fakta Menarik Mengenai Subway

1. Diasaskan pada tahun 1965 oleh 2 orang anak muda yang berusia 17 tahun ketika itu iaitu Fred DeLuca dan Peter Buck. Diasaskan bertujuan untuk mencari duit lebih bagi membayar yuran pengajian mereka di kolej.

2. Syarikat yang ditubuhkan diberi nama Doctor’s Associates, Inc. Nama ini merujuk kepada Fred DeLuca dan Peter Buck yang ketika itu sedang belajar di dalam bidang perubatan dan fizik.

3. Fred DeLuca juga merupakan seorang yang dropout. Beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajarannya di dalam bidang perubatan ketika itu kerana ingin menguruskan perniagaan Subway yang sedang berkembang dengan pesat.

4. Subway juga mempromosikan menu yang bersifat healthy dan menu jenis ini mendapat respon yang menggalakan daripada orang ramai. Hanya roti dan sayur sahaja. Golongan vegetarian juga amat menyukai menu jenis ini.

5. Memulakan perniagaan ini dengan hanya bermodalkan USD $1,000.

6. Subway tidak menjual sesuatu yang baru. Mereka hanya “memanjangkan” saiz sandwich yang sedia ada dan menjualnya dengan menu pelbagai pilihan.

7. Mendaftarkan perkataan “footlong” sebagai trademark Subway.

8. Ketika krisis ekonomi pada tahun 2008, Subway memperkenalkan “$5 Footlong” dan promosi tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di US. Hanya $5 dah dapat satu sandwich yang panjang dan sedap. Disebabkan idea ini, jualan Subway pada tahun 2009 mencatatkan nilai USD $3.5 billion. Konsep $5 ini kemudiannya diguna pakai oleh syarikat makanan segera yang lain.

9. Subway kini merupakan rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia, mengambil alih gelaran tersebut daripada McDonalds.

10. Pada tahun 2011, Subway telah dinobatkan sebagai the most loved fast food chain in the US. Sedap, murah, sihat, unik, cepat ; antara faktor kejayaan Subway yang kini mencatatkan jumlah jualan USD $16.2 billion setahun.

Nyum nyum nyum… Lapar tak? 😉

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

3 comments… add one
  • Jibam Apr 12, 2013

    Murah untuk harga di US tapi di Malaysia masih kira mahal… tapi kalau nak murah boleh beli breakfast 6.70 sandwish dan kopi.

  • Acik fosilmitra Apr 12, 2013

    Sebenarnya marketing memainkan peranan yang cukup berkesan didalam perniagaan… Jika kita compare kesedapan burger yang dijual ditepi² jalan berbanding dengan burger McDonald dan seumpamanya… burger tepi jalan pun sedap.. malahan lebih sedap berbanding McDonald… namun kenapa peniaga kecil masih tak maju sampai skrg?…

  • titan Apr 17, 2013

    banting takde subway lagi..

Leave a Comment