Garu kepala.

Bukan sekali dua.

Dah banyak kali terbaca dan terdengar.

Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.

Berikut ada 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.

#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!

Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?

#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.

Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.

#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.

Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.

#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!

Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?

#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.

Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?

#6 Yang penting ilmu, bukan harta.

Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.

#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.

Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.

#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.

Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.

{ 16 comments }

{ 0 comments }

Patut beli emas ke?

Orang lain dah beli.

Aduh.

Berikut adalah ramalan bank-bank terkenal:

  • Standard Chartered meramalkan 8 tahun lagi harga emas dapat naik sehingga RM 503/gram.
  • UBS, meramalkan harga purata USD 2,050/oz dan mencecah USD 2,500/oz
  • HSBC dan Barclays meramalkan harga hanya sekitar USD 1,850/oz dan USD 1,875/oz.

Manakala, tahun lalu pada 8 Ogos 2011; JPMorgan encapsulated the bullish sentiment in the gold market, predicting that bullion could hit $2,500 by the end of the year (2011).

Saya pula suka yang ini:

“You don’t want people who can predict rain but people who can build Arks.” – Warren Buffett.

{ 10 comments }

“Ini skim cepat kaya.”

Kata seorang penyokong PR.

“Bagaimana status Shariahnya?”

Kata yang lain pula.

Berikut adalah apa yang saya faham mengenai skim ini.

  • Kelihatan ini adalah program pinjaman (loan scheme) untuk Amanah Saham 1Malaysia.
  • Ia dikhususkan untuk golongan sasar tertentu bermula dengan tapisan pertama, berpendapatan RM 500 ke RM 3,000. Dan diikuti dengan tapisan-tapisan lain.
  • Kerajaan menyediakan dana khusus untuk skim untuk menggalakkan bank memberi pinjaman dan orang ramai menyertainya dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia.
  • Barangkali ini strategi menyelam sambil minum air, a) kerajaan dapat beri bantuan kepada golongan sasar b) kerajaan menggalakkan golongan sasar menyimpan.

Website rasmi SARA 1Malaysia -> http://www.sara1malaysia.com.my/

Post asal

Saya belum ada mahu komen apa-apa. Tidak baca lagi maklumat yang terperinci.

Barangkali tuan puan ada maklumat yang dapat dikongsi bersama?

***

KUALA LUMPUR, Jan 12 (Bernama) — The newly launched Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) will be managed by a special purpose vehicle (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of Finance Ministry Incorporated.

The SPV will provide guarantee for the investments in SARA 1Malaysia, a special scheme aimed at encouraging the lower income group to save and invest.

The scheme is a hybrid of a unit trust investment and loan product, capable of generating consistent cash flow or monthly incentives.

The President and Group Chief Executive of Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, said the financing offered would amount to RM500 million with the targetted number of participants being 100,000 householders.

SARA 1Malaysia will be implemented by PNB.

The fund will be opened for application starting January 30.

Those with a gross income of between RM500 and RM3,000 a month qualify to apply for the investment and savings scheme.

The scheme was launched here today by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Also present at the event was Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and PNB Chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

At a press conference later, Hamad Kama Piah said through SARA 1Malaysia, those who qualify would have the opportunity to apply for loans amounting to RM5,000 to also invest in the Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) fund and will receive attractive incentives on the investments they make.

Through the scheme, monthly incentives will be paid to participants in the form of additional AS 1Malaysia units and the investors would only have to ensure the payment of their minimum monthly payments for five years.

This will be unique as the SPV has been able to source the loans at a competitive rate from the participating financial institutions namely Maybank, CIMB, RHB Bank and Bank Simpanan Nasional.

As for the RM500 million financing, RM100 million will be provided by the government in the form of subsidy to SPV to pay the interest rates to the participating financial institutions.

Considering the competitive interest rates for loans and the government’s subsidy, the SPV will be able to generate good income and dividends, said Hamad Kama Piah.

Malaysian Development Holdings will be chaired by Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Deputy Secretary General of Treasury (Policy), Ministry of Finance.

–BERNAMA

{ 8 comments }

Zizan Raja Lawak.

Siapa tidak kenal.

Ustaz Azhar Idrus pun saja buat-buat tak kenal bila Zizan telefon dia.

Zizan, seperti mana yang diketahui pernah ‘terlanjur’ kata dalam filem Hantu Bonceng. Dia mengaku tersilap. Dia pun telah merujuk Ustaz Azhar dalam hal ini.

Bukan mudah mengaku silap. Lagi-lagi dalam kedudukan seorang yang bertaraf selebriti.

Berikut adalah 3 perkara yang kita dapat belajar dari Zizan Raja Lawak dalam perancangan kewangan, bisnes dan pelaburan.

1. Mengaku Silap

Kita semua manusia. Tidak sempurna.

Begitu juga dalam urusan wang kita. Ada perkara yang barangkali kita telah buat silap. Kita kena tahu kita silap dan kita kena akui kesilapan kita.

Ini dinamakan exit strategy.

Barangkali plan pelaburan kita adalah A,B,C. Namun, apabila kita melaksanakan plan tersebut ia tidak menjadi. Rupanya kita tersilap. Jangan tunggu lama-lama.

Keluar dari pelaburan tersebut.

2. Bertanya Kepada Yang Lebih Tahu

Zizan merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.

Isu filem hantu bonceng. Isu nak buka karaoke. Dan terbaru, berganding bersama Ustaz Azhar sendiri dalam sambutan malam tahun baru 2012 di Shah Alam.

Justeru, pastikan kita mempunyai orang yang dapat kita rujuk apabila berhadapi situasi tertentu dalam urusan pelaburan kita. InsyaAllah, ada jalan yang terbaik.

3. Life Goes On

Jika bisnes gagal, jangan kecewa tertonggeng.

Pelaburan rugi, tidak perlu bersedih. Kita belum mati.

Itu adalah asam garam dunia bisnes dan pelaburan. Hanya skim cepat kaya menjanjikan untung sampai bila-bila.

Zizan barangkali berada tahap moral yang sangat ‘low’ sekitar isu Hantu Bonceng. Satu Malaysia kutuk dia. Namun alhamdulillah, berkat dia mengaku salah, merujuk kepada orang yang lebih tahu dia menjadi lebih popular dan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus lagi.

Kerugian yang lepas tu lepas lah. Buat yang baru.

“This too shall pass.”

 

{ 5 comments }

Berita baik.

Kepada tuan puan yang berpegang ASB itu haram.

Kalian kini dapat mempelajari alternatif pelaburan ASB.

Ia bukan sekadar pelaburan unit trust syarikat yang lain. Malah kepada tuan puan yang mahu mencari peluang selain ASB, bengkel ini juga sesuai untuk anda.

Barangkali kuota ASB dah penuh.

Mungkin mahu dapat lebih dari ASB.

Bengkel Rancang Wang (Masterclass) diadakan pada 25 Februari 2012 di Hotel De Palma, Ampang Selangor.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

{ 0 comments }

Tuan Puan pembaca blog yang budiman,

Terima kasih.

Tanpa kalian maka blog ini tiada berguna.

Sebagai tanda terima kasih, saya telah menyediakan 5 siri Tutorial Percuma Rancang Wang untuk kalian. Semoga siri tutorial ini dapat membantu kalian semua menguruskan wang dengan lebih baik pada tahun 2012.

Klik di sini untuk mendapatkannya.

{ 0 comments }